Sunday, 27/09/2020


Keputusan Ben Williams layang kad merah tepat - Subkhiddin

Published on November 15, 2010 by   ·   9 Comments

Pemain Malaysia gagal kawal emosi dieksploitasi pemain China

Subkhiddin Mohd SallehPENGADIL kebangsaan, Subkhiddin Mohd Salleh memberitahu layangan kad merah yang diterima pemain Malaysia sewaktu menentang China pada perlawanan bola sepak Sukan Asia 2010, Sabtu lalu adalah amat wajar.

Menurut Subkhiddin, tindakan yang dilakukan Ben Williams dari Australia terhadap Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S Kunanlan adalah tepat dan berdasarkan seperti yang termaktub dalam peraturan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

“Sebagai pengadil, saya setuju dengan tindakan Ben memberikan kad merah kepada pemain kita. Saya menyedari, pasti ramai peminat tempatan tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat pengadil dari Australia itu.

“Malah, kegagalan pemain kita mengawal emosi dalam perlawanan menyebabkan pemain China bijak mengeksploitasi keadaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Subkhiddin berkata, sepatutnya pemain negara lebih berhati-hati melakukan kesilapan daripada kekasaran fizikal seperti terjahan, menolak dan menarik pemain lawan.

Rata-rata pemain China melakukan halangan dengan baik untuk mengelak pemberian sebarang kad amaran oleh pengadil.

“Selepas Mahali mendapat kad amaran pada awal permainan, pemain negara sepatutnya perlu berhati-hati membuat sebarang kesilapan yang boleh mengundang tindakan kad daripada pengadil.

“Mungkin tekanan pemain kita yang berusaha mencari kemenangan atau sekurang-kurang seri ketika bertemu China mengakibatkan pemain bersemangat memburu gol tanpa sedar melakukan kekasaran sehingga menerima layangan kad daripada pengadil,” katanya.

Subkhiddin juga menjelaskan pengadil yang terpilih untuk Sukan Asia 2010 adalah pengadil yang berkelayakan, tegas membuat keputusan dan bersedia dengan mental dan fizikal.

“Pada saya, pengadil untuk perlawanan Sukan Asia adalah yang berkelayakan, tegas dan dapat menyerap tekanan.

“Malah, menjadi satu penghormatan kepada pengadil itu apabila mendapat tahu namanya terpilih untuk mengadili sesuatu perlawanan seperti Sukan Asia ini,” katanya.

Subkhiddin berharap peminat bola sepak melupakan kekalahan kepada China kerana kem kebangsaan mempunyai tugasan baru dengan berdepan Iran di Stadium Yuexiu, hari ini.




coded by nessus

Tags: , , , , , ,

Readers Comments (9)

  1. Putera KG says:

    Adakah ada berbezaan peraturan FIFA dalam permainan bola sepak bila berlainan peringkat. kenyataan Subkhidin itu seolah-olah bergitulah apa yang saya paham?

  2. leo says:

    subkhidin perlu melihat dari kaca mata kami sebagai penyokong…safiq rahim dilayangkan kad atas undang2 apa???? setiap kekasaran malaysia diberikan kad???penalti s.kunalan,,nampak sgt player cina tu jatuh sendiri selepas kawalan bolanya dipintas pertahan kita…s.kunalan x bersalah, dia bahkan ditarik oleh player cina tu…fikir2 kan lah

  3. Chopper says:

    kena support la sbb dia pun ref mana bleh bias negara sendiri

  4. lipas_rebus says:

    xpe la benda da lepas..jd kan ini sbgai pglaman..kami rakyat malaysia ttp myokong bola sepak malaysia..hope bola sepak malaysia akan digeruni suatu hari nnti.

  5. lipas_goreng says:

    minta mmaf la saya ingin kata pada en.subkidin… kami para penyokong malaysia masih tidak berpuas hati dgn mutu pengadilan… kami bukan ‘buta’ utk menilai apa yg berlaku.. t.k

  6. malique says:

    siapa yang emo? pemain malaysia atau pun pengadil?? adakah pengadil tu terlalu perfect?? btw mesti la dia nak backup pengadil tuh sebab dah dia pun pengadil. kita bukan pertama kali tgk bola.. tgk je la liga2 eropah.. jarang la pengadil nak bagi sampai 3 kad merah.. dorg pun tau fikir gak.. 8 vs 11.. mmg la berat sebelah game tu jadi

  7. HangPC2 says:

    al maklumlan si Ben 10 tuh ada pengaruh kat Pejabat AFC

  8. subkidon says:

    ref dah tentu akan sokong ref yg lain.. sebab mereka ada peraturan yg ditetapkan oleh fifa.. tak boleh mengkritik ref lain.. kalau tak dia kena gantung la jadi ref fifa..

  9. subkidon says:

    kalau nak adil, cari ref fifa yg dah bersara dan tanya dia mutu pengadilan perlawanan tersebut..




Latest News