Keputusan Bola Sepak Sukan Asia 2010 Malaysia vs Iran dari Stadium Yuexiu, Guangzhou.
PERJUANGAN pasukan bawah 23 tahun Malaysia di Sukan Asia berakhir selepas tunduk 1-3 kepada Iran di pusingan kedua.
Malaysia hanya berjaya menyerap asakan bertali arus pemain Iran pada babak pertama sebelum gawang skuad bimbingan K Rajagopal bocor tiga kali dalam aksi separuh masa kedua. [LIHAT VIDEO]
Karim Ansari, Seyed Hosseini dan Amir Sharafi mencipta tiga jaringan buat Iran dalam tempoh 14 minit selepas lapan minit babak kedua bermula.
Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol saguhati buat pasukan kebangsaan menerusi tendangan penalti pada minit ke-86.
Iran akan bertemu Oman di suku akhir selepas pasukan dari Timur Tengah itu menewaskan Hong Kong 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung serentak.
Manakala cabaran pasukan tuan rumah, China yang mencipta kemenangan kontroversi ke atas Malaysia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan kelmarin turut berakhir selepas tumpas 3-0 kepada Korea Selatan.
Uzbekistan pula menundukkan juara bertahan, Qatar untuk mara ke suku akhir bertemu Korea Selatan.
[TABLE=24]
[Update VIDEO Perlawanan Di Sini]
Tags: Iran, Malaysia, Malaysia vs Iran, Sukan Asia 2010