Tuesday, 22/07/2014


Kelantan belum mahu mengaku kalah

Published on July 17, 2010 by   ·   2 Comments

KELANTAN terus mengasak Selangor di tangga teratas Liga Super dengan mengutip tiga lagi mata selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium PBKL, Cheras malam ini.

Pada masa sama, Selangor terus mengekalkan kelebihan lima mata di persada liga selepas membenam Pulau Pinang 3-0 di Stadium Shah Alam.

Dengan baki saingan Liga Super hanya tinggal tiga perlawanan, Selangor terus unggul dengan 57 mata, diikuti Kelantan (52) dan Terengganu (47).

Dalam aksi di Cheras malam ini, Kelantan membuka tirai jaringan menerusi penjaring terbanyak pasukan, Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ke-29 sebelum satu lagi gol menyusul pada babak kedua hasil jaringan Mohd Badhri Radzi minit ke-63.

Selepas dua perlawanan di tempat lawan, Kelantan kembali beraksi di Kota Bharu 28 Julai nanti dan akan membuat perhitungan dengan satu lagi pasukan ibu kota, KL Plus sebelum berkunjung ke selatan tanah air, tiga hari selepas itu.

Skuad The Red Warriors menutup tirai saingan Liga Super musim ini dengan aksi di tempat sendiri menentang T-Team pada 3 Ogos depan.




coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (2)

  1. [...] - 0 0 - 0 0 - 2 1 - 1 3 - 2 2 - 0 2 - [...]

  2. ahakz3 says:

    ape la TAJUK…..
    “kelantan blom mahu mngaku kalah”

    mcm hebat sgt slangor tu…hahaha3

    kalo berita yg kita dgr tu btul2..
    malam nie ” SELANGOR MEMANG HEBAT ”

    tahniah3…..




Latest News