Brazil, Portugal mara ke final Piala Dunia Remaja 2011
PORTUGAL akan berentap dengan Brazil pada final bola sepak Piala Dunia Remaja bawah 20 tahun apabila pertahanan pasukan terbaik menentang kombinasi serangan paling garang.
Portugal menumpaskan Perancis 2-0 pagi tadi di Medellin dengan pertahanan terbaik dan penjaga gol terbaik mereka, Mika dengan enam kemenangan sepanjang tiga minggu lebih kejohanan berkenaan.
Dalam separuh akhir lain, Henrique menjaringkan dua gol pada 10 minit terakhir untuk membolehkan Brazil menang 2-0 ke atas Mexico ketika perlawanan di Pereira.
Henrique menjaringkan lima gol setakat ini dan berkongsi penjaring terbanyak kejohanan dengan Alvaro Vazquez dari Sepanyol. Brazil pernah menjaringkan 15 gol dalam kejohanan berkenaan sebelum ini.
Luahan Perasaan