LAPORAN negatif media ‘mainstream’ sekali lagi menjadi isu di kalangan peminat setia pasukan Kelantan apabila ‘insiden kecil’ lontaran mercun pada aksi pembukaan Piala Malaysia 2010 di Stadium Sultan Mohd Ke-IV Selasa lalu dijadikan tajuk utama segmen sukan sebuah akhbar arus perdana semalam.
Amat malang sekali kerana ketika stadium negeri lain agak lengang dan ‘tidak bermaya’, penyokong Kelantan pula membuktikan sebaliknya.
Namun sayangnya kemeriahan itu seolah-olah hanya dipandang sebelah mata oleh media terbabit.
Masakan tidak apabila pengulas Astro Arena, Zainal Abidin Rawop menyifatkan: “Kemeriahan bola sepak tempatan hanya boleh disaksikan di Kota Bharu”
Bagi penyokong The Red Warriors dengan tajuk ‘Penyokong buat hal lagi’ ia nyata tidak menggambarkan hakikat sebenar apa yang berlaku di atas padang pada perlawanan berkenaan.
Apa yang lebih menimbulkan kemarahan peminat Kelantan ialah apabila laporan ditulis menyebut insiden itu seumpama ‘medan pertempuran’.
“Walhal insiden itu berlaku hanya beberapa saat saja. Istilah yang digunakan itu terlalu melampau kerana insiden tersebut hanyalah beberapa kali saja berlaku, mungkin tak sampai 10 biji mercun dilontarkan,” menurut blog kelantanfa.com.
Portal rasmi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), www.theredwarriors.com turut melahir rasa kecewa laporan yang seolah-seolah menggambarkan suasana berkenaan tidak pernah berlaku di stadium negeri lain.
Sambil tidak menafikan kedegilan beberapa kerat individu berkenaan akan dimanipulasi pihak media untuk memburukkan imej penyokong yang agak berdisiplin sepanjang musim ini, KAFA ternyata kecewa sikap sesetengah pengamal media yang begitu berlebih-lebihan apabila insiden mercun membabitkan penyokong pasukan Kelantan.
“Dalam melaporkan isu bermain mercun, media dilihat terlebih dalam mengkritik penyokong Kelantan seolah-olah perkara ini tidak pernah berlaku di negeri-negeri lain, padahal setiap kali perlawanan negeri lain dentuman mercun masih lagi dijadikan acara sambutan berbanding Kelantan yang kebelakangan ini semakin berkurangan.
“Sikap degil penyokong Kelantan sendiri sekaligus memburukkan imej mereka sendiri dimata masyarakat kerana apa yang datang dari Kelantan pasti disensasikan,” menurut laporan theredwarriors.com.
Sementara itu mengulas isu yang sama, Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) kesal terhadap beberapa individu yang bertindak membakar dan membaling mercun pada perlawanan pembukaan Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, Selasa lalu.
Timbalan Presidennya, Nik Mohd. Sallehuddin Nik Abdul Razak berkata, tindakan ‘nakal’ itu boleh mencemarkan imej sebahagian besar penyokong Kelantan sendiri.
Nik Mohd Sallehuddin juga tidak menolak kemungkinan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan didenda oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran tindakan liar penyokong terbabit.
Katanya, penyokong sepatutnya berdisiplin dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi seperti yang ditunjukkan pada sepanjang saingan Liga Super.
“Secara ikhlas saya katakan penyokong Kelantan pada musim ini adalah yang terbaik dan KAFA juga tidak pernah lagi didenda akibat penonton membaling mercun,” katanya.
Penyokong buat hal lagi
KOTA BHARU – Pertemuan Kelantan dan Negeri Sembilan dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV kelmarin, dicemari dengan insiden membakar dan membaling mercun oleh penyokong tuan rumah.
Lebih 20,000 penyokong menyaksikan perlawanan tersebut, yang berakhir dengan Kelantan tewas 0-1 selepas pelawat dihadiahkan penalti pada minit ke-74, yang disempurnakan oleh Abdul Halim Zainal.
Insiden membaling mercun bermula selepas pengadil, Yusof Mat Karim memberikan penalti, apabila pertahanan tuan rumah, S. Subramaniam menjatuhkan Idris Karim di dalam kotak penalti.
Keputusan pengadil mengundang `kemarahan’ penyokong Red Warriors, menyebabkan ada yang bertindak di luar kawalan dengan membakar mercun sebagai tanda bantahan.
Keadaan yang tidak terkawal itu menyebabkan suasana di dalam stadium gamat dengan sorakan penonton, sehingga bertukar seakan-akan ` `medan pertempuran’ dengan letupan pelbagai jenis mercun.
Kehadiran anggota keselamatan termasuk polis, juga tidak diendahkan oleh penyokong.
Namun, insiden tersebut tidak merebak menjadi lebih buruk.
Dalam perkembangan berkaitan, tiga lelaki termasuk seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas kesalahan memiliki mercun tanpa permit, selepas ditahan di kawasan stadium sebelum perlawanan bermula.
Turut didakwa atas kesalahan sama ialah dua lagi lelaki yang ditahan memiliki bahan larangan itu pada 10 September lalu.
Kelima-lima mereka mengaku bersalah dan dibenarkan diikat jamin antara RM1,800 hingga RM2,500 dengan seorang penjamin, sementara menunggu tarikh hukuman pada 30 September dan 24 Oktober ini.
Pada 25 Januari lalu, dua penyokong Kelantan didakwa di mahkamah atas kesalahan memiliki mercun ketika ditahan di kawasan stadium sewaktu Kelantan menentang Johor FC pada saingan Liga Super.
Pada 7 April tahun lalu, penyokong Kelantan merusuh, termasuk membakar kereta ketika saingan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan dan Negeri Sembilan. - UTUSAN
Tags: Kelantan, Kelantan vs Negeri Sembilan, Piala Malaysia 2010, Video
tapi apa2 hal pun..fans kelantan mmg meriah la.. tapi next time..jgn baling dlm padang la klu boleh..
Support Bola Sepak Malaysia
-Hobin Jang Hobin-
Bola sepak adalah sukan nombor 1 malaysia, jadi semua peminat mesti saling faham dan menhormati antara penyokong pasukan negeri masing2 dan bukannya tempat utk kita bergaduh @ mencaci dan merosakan harta benda awam, gunalah fikiran yg waras utk sama2 kita merasai kepuasan menonton pertandingan bola sehat secara berhemah, fikir2lah sendiri…