PEMINAT bola sepak tempatan boleh menyaksikan aksi pasukan bola sepak bawah 23 tahun kebangsaan menentang Iran yang akan disiar secara langsung di TV1 dan Astro Arena jam 4 petang ini.
Aksi menentang Iran hari ini adalah sejarah bagi pasukan bola sepak Malaysia selepas gagal melepasi peringkat kumpulan acara bola sepak Sukan Asia dalam tempoh 32 tahun.
Walaupun menduduki tempat ketiga di belakang Jepun dan Korea Selatan dalam Kumpulan A, Malaysia layak ke Pusingan Kedua kerana tiga mata yang diperoleh hasil kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan pada perlawanan pertama membolehkan Malaysia berada di kedudukan terbaik berbanding negara di tempat ketiga dalam kumpulan lain.
Kali terakhir skuad negara layak beraksi di Pusingan Kedua acara bola sepak Sukan Asia ialah pada tahun 1978 di Bangkok.
Pada temasya sama di Doha, Qatar empat tahun lalu, skuad kebangsaan di bawah bimbingan Norizan Bakar sekadar bermain di peringkat kumpulan. [VIDEO Perlawanan Akan Diupdate Di Sini], Insya-Allah.
Tags: Astro Arena, Live Astro, Live RTM, Malaysia vs Iran, Sukan Asia 2010