Thursday, 09/06/2016


Kuala Lumpur vs Kelantan LIVE di TV1

Published on July 17, 2010 by   ·   No Comments

BUAT pertama kali dua siaran langsung membabitkan perlawanan Liga Super pada hari yang sama dapat disaksikan apabila RTM menerusi saluran TV1 dijadualkan menyiarkan secara langsung perlawanan membabitkan pertemuan Kuala Lumpur menentang Kelantan malam ini.

Perlawanan berkenaan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras bermula jam 8.45 malam.

Satu lagi perlawanan yang dapat disaksikan secara langsung malam ini ialah perlawanan antara KL Plus menentang Kedah di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Perlawanan itu disiarkan secara LIVE menerusi Astro Arena (saluran 801).

Mengikut kebiasaan sebelum ini, pihak Astro hanya dibenarkan menyiarkan secara langsung perlawanan Liga Super pada hari Jumaat dan Selasa di mana satu perlawanan pada hari Sabtu diawalkan sehari bagi membolehkan stesen televisyen berbayar itu membuat rakaman secara LIVE untuk tontonan peminat bola sepak di Malaysia.

Tidak dapat dipastikan sama ada RTM, Astro dan FAM mencapai persetujuan untuk melonggarkan syarat berkenaan dengan membenarkan dua perlawanan langsung secara serentak pada hari dan waktu yang sama.

Bagaimanapun ia pastinya ia memberikan dimensi baru kepada perkembangan bola sepak tempatan dan memberikan kelegaan kepada peminat bola sepak tempatan yang sebelum ini banyak disogokkan oleh perlawanan bola sepak liga elit di Eropah.




coded by nessus

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Latest News