Wednesday, 05/08/2020


Kelantan bangkit tewaskan PKNS

Published on September 18, 2010 by   ·   No Comments

NAIB juara 2009, Kelantan kembali mencerahkan peluang ke suku akhir dengan melonjak ke tangga kedua Kumpulan A setelah menghampakan tuan rumah, Selangor PKNS 1-0 hasil jaringan Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada babak kedua di Stadium Petaling Jaya, malam tadi. [LIHAT VIDEO]

Selepas menerima kejutan di laman sendiri, tewas 0-1 kepada juara bertahan, Negeri Sembilan di Kota Bharu Selasa lepas, kemenangan berkenaan kembali melonjakkan moral skuad The Red Warriors dalam usaha mereka memburu trofi sulung Piala Malaysia.

Pada minit-minit akhir perlawanan, penyokong Kelantan hampir tersentak apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah kerana mendakwa S Subramaniam menahan bola dengan tangan ketika perlawanan hampir ditamatkan.

Mujur ketangkasan penjaga gol, Syed Adney menyelamatkan Kelantan daripada pulang hampa apabila dia tenang menyelamatkan bola yang menghala ke sebelah kiri pintu gol pelawat.




coded by nessus

Tags: , , , ,

Readers Comments (0)




Latest News