Pra Piala Malaysia 2011: Selangor 0-1 Kelantan
SELANGOR terus gagal menamatkan badi ke atas seteru utama, Kelantan selepas tewas tipis 0-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam sebentar tadi.
Pemain pinjaman, Azamuddin Akil menjaringkan gol tunggal Kelantan pada minit ke-29 untuk memastikan rekod tanpa kalah ke atas Selangor sejak awal musim 2010.
Gol kemenangan Kelantan berpunca gerakan menerusi Mohd Badhri Radzi yang menghantar bola kepada Azamuddin untuk melakukan rembatan menewaskan Mohd Iqbal Suhaimi.
Selangor menguasai permainan babak kedua dan berjaya membuat banyak percubaan bahaya ke kubu Kelantan namun tiada satu pun yang berjaya menghasilkan gol.
Di hujung perlawanan, tandukan Asrarudin Putra Omar hampir memberikan gol penyamaan buat tuan rumah, namun palang gol menyelamatkan gawang yang dikawal Shahrizan Ismail.
Dalam satu lagi aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium JCorp Pasir Gudang, Negeri Sembilan mengikat tuan rumah, Johor FC 1-1 menerusi jaringan penyamaan Shukor Adan.
Sebelum itu Johor FC mendahului pelawat menerusi jaringan Mohd Ridhwan Maon.
August 18, 2011 - 1:18 am
tahniah TRW!!!
semoga piala malaysia dpt dipertahankan!!
gomo kelate gomo!!
August 18, 2011 - 2:08 pm
Kahkahkah…klah lg….
August 18, 2011 - 2:09 pm
Kahkahkah…klah lg….
Tahniah Kelantan…
August 18, 2011 - 7:02 pm
pade mukow selangor
August 18, 2011 - 9:47 pm
Hah.. Tu la.. Jangan konfiden sgt kalau lawan pasukan yg lebih kuat.. Lagi satu jangan cakap besar.. Aku yakin Selangor masih tak jumpa lagi formula nak menang dgn Kelantan.. Hah.. Biar Devan duduk dalam dunia khayalan dia..
Mana Gergasi ni.. Dah tobat ke brader..?
August 19, 2011 - 12:55 pm
Yes……………kelantan menang!!
August 25, 2011 - 4:00 pm
selangor xda harapan dh nk bleh piala tahun ni.. cuba lg 30 tahun ya selangor. tu pn klau selangor main lg dlm liga super..
August 28, 2011 - 6:37 am
n9 the winner
August 31, 2011 - 3:27 pm
haha kelate boleh