Sunday, 20/07/2014


Kelantan 4-1 KL Plus

Published on July 28, 2010 by   ·   1 Comment

KELANTAN masih enggan mengangkat bendera putih dalam usaha mengejar Selangor di persada Liga Super apabila membelasah KL Plus 4-1 dalam aksi di Stadium Sultan Mohd Ke-IV malam ini.

Memburu tiga mata penuh di gelanggang sendiri, Kelantan membuka jaringan menerusi tandukan Azizi Matt Rose pada minit ke-15.

Sekali pun berjaya membuat serangan berbahaya ke kubu lawan selepas jaringan awal itu, Kelantan gagal menambah jaringan sehingga berakhir babak pertama.

Bersambung babak kedua, ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin berjaya menggandakan kedudukan buat The Red Warriors pada minit ke-57 selepas menyempurnakan hantaran Norshahrul Idlan Talaha.

Norshahrul sekali lagi menjadi duri buat pasukan pelawat apabila hantarannya beberapa minit selepas itu berjaya disempurnakan oleh Akmal Rizal Ahmad Rakhli untuk gol ketiga Kelantan.

Selepas membenarkan KL Plus menyumbat gol tunggal pada minit ke-65, Kelantan kembali mengukuh kedudukan menerusi jaringan Norfarhan Mohamad pada minit ke-88 untuk keputusan penuh 4-1 mengatasi pasukan pelawat.

Usaha Kelantan untuk memburu kejuaraan Liga Super buat kali pertama bagaimanapun semakin tipis apabila Selangor berjaya menundukkan T-Team 2-1 di Kuala Terengganu.

Keputusan itu menyaksikan Selangor kekal mendahului Liga Super dengan kelebihan lima mata ke atas Kelantan dengan baki saingan hanya tinggal dua perlawanan.

Keputusan penuh Liga Super 27-28 Julai 2010

    Perlis 2-4 Terengganu
    T-Team 1-2 Selangor
    Kelantan 4-1 KL Plus
    Kedah 3-0 Pahang
    Perak 0-1 Kuala Lumpur
    Pulau Pinang 0-3 N.Sembilan
    Johor 0-5 Johor FC



coded by nessus

Tags: , ,

Readers Comments (1)




Latest News