NORSHAHRUL Idlan Talaha muncul wira Red Warriors selepas membantu Kelantan muncul Juara Liga Super 2011 buat kali pertama, sebentar tadi.
Skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu dinobat sebagai juara musim ini selepas menundukkan Sabah dengan keputusan 2-1 di Stadium Likas. [LIHAT VIDEO]
Lebih manis kejuaraan semalam juga membolehkan skuad Red Warriors menamatkan kemarau tujuh tahun tanpa gelaran Liga Super sejak diperkenalkan pada tahun 2004.
Keputusan lain, Negeri Sembilan menewaskan Perlis 2-0, Pahang kecundang kepada Kedah 0-1, Harimau Muda A sekadar seri 2-2 menentang Johor FC, Selangor seri tanpa jaringan menentang Perak dan Terengganu menang 6-2 menewaskan Felda United.
Tags: Juara, Kelantan, Liga Malaysia, Liga Super, Liga Super 2011