Selangor akhiri rekod tanpa kalah Kelantan
Perak gagal rebut peluang pintas Kelantan
PENDAHULU Liga Super, Kelantan gagal mempertahankan rekod tanpa kalah selepas tewas 1-2 kepada Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Walaupun gagal mengutip tiga mata pada perlawanan kelapan, pasukan ‘The Red Warrior’ masih mendahului kedudukan carta liga dengan kutipan 17 mata, iaitu dua mata di depan pencabar utama, Perak.
Selepas seminit perlawanan babak kedua dimulakan, Selangor meraih gol pembukaan menerusi Safiq Rahim apabila dia berjaya merembat deras di luar kotak penalti yang terus menerjah jaring kiri gol pelawat, sekaligus meletakkan Selangor di depan.
Kemunculan pertama tonggak import Bosko Balaban nyata membuahkan hasil apabila dia jelas tidak cemas untuk berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat untuk menjaringkan gol kedua tuan rumah pada minit ke-61.
Tersentak dengan jaringan berkenaan Kelantan melakukan serangan bertali arus dan mempunyai beberapa peluang terhidang namun sekali lagi gagal memecah kebuntuan mendapatkan gol penyamaan.
Kelantan maraih gol saguhati hanya di penghujung perlawanan hasil rembatan Subramaniam yang muncul dalam keadaan kelam kabut. Jaringan tersebut sedikit sebanyak menaikkan semangat barisan Kelantan, namun ia terlalu lewat untuk mengejar Selangor.
Terdahulu, Selangor sudah pun memiliki beberapa peluang terbaik di separuh masa pertama. Beberapa serangan dijelmakan oleh Safiq Rahim yang melorongkan bola kepada jentera pemusnah baru mereka yang berjaya mengawal bola dan membuat hantaran namun gagal disudahi rakan.
Kelantan turut mencipta beberapa peluang terutamanya menerusi Norshahrul Idlan Talaha bersama gandingannya Indra Putra Mahayudin namun hampa apabila benteng pertahanan yang dikawal oleh Ramez Dayoub bijak membaca hantaran. Kebuntuan untuk mencari gol kekal hingga separuh masa pertama tamat.
Sementara itu Perak melepaskan peluang untuk memintas Kelantan apabila tewas mengejut 1-2 kepada Lions XII di Stadium Perak, Ipoh.
Gol pasukan Lions XII dijaringkan Mohd Sharil Ishak pada minit ke-17 dan ke-75, manakala gol saguhati Perak disumbangkan Michal Kubala pada minit ke-54 menerusi sepakan penalti.
Pasukan berstatus kelab, T-Team mengalahkan Felda United 3-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Gol T-Team dijaringkan Mohd Faiz Subri pada minit-31 dan 69 manakala Zairo Anuar melengkapkan kemenangan dengan gol ketiga pada minit ke-84.
Di Stadium Likas, Sabah, pasukan tuan rumah dengan mudah menewaskan pasukan tercorot, Kuala Lumpur 2-0 hasil jaringan Mohd Rozaimi Abdul Rahman pada minit ke-36 dan Michael William Bird (minit ke-46).
Johor FC pula tumpas 1-2 kepada Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor.
Gol tuan rumah dijaringkan Arthur Henrique pada minit ke-21, manakala gol Sarawak dijaringkan Guy Bwele (minit ke-33) dan Mohd Azizan Baba (minit ke-74).
Prestasi merudum Terengganu berterusan apabila gagal mengutip kemenangan buat kali ketiga berturut-turut apabila seri 1-1 dengan Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Pemain sayap Terengganu, Mohd Ashaari Shamsudin meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-45, namun dapat disamakan oleh Mohd Khyril Muhymeen pada minit ke-73.
Selangor PKNS mencatat keputusan seri 1-1 ketika bertemu Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
February 15, 2012 - 12:52 pm
terima je kekalahan ini…
February 15, 2012 - 12:58 pm
3 tahun xrasa menang dgn kelantan…keh333
February 25, 2012 - 11:42 pm
memangla 3 thn xrasa menang sebb ade gak kputuan yg seri…klntn menang bape kali je beb…???tp btl ke hang kira 3thn,cuba kira blik btl2..kalo 3thn lama gila beb…
February 15, 2012 - 12:59 pm
akhirnya..menang juga selangor.
February 15, 2012 - 1:28 pm
Kena bagi menang jugak lah, kalo tak menangis coach Selangor tu, almaklumlah orang Kelate juga
February 25, 2012 - 11:33 pm
silap r…org perak dowh..bsar je kat kelate,xhbes2 mao bajet star…nthpapenth
February 15, 2012 - 1:48 pm
Bagilah menang.. kekgi Irfan lari balik rumah awal.. mcm dia kalah dgn PKNS.. lepas kalah terus balik.. hahhaa.. Go More Kelate Kena Gomol
February 15, 2012 - 3:02 pm
KALU IRFAN BALIK COACH KLATE SEDAK JUGAK NI……JARE MENA KALE MENANG KALU LAWE PEMAIN YG DI AJAR OLEH IRFAN
February 15, 2012 - 5:20 pm
AHH……. PENYOKONG-PENYOKONG TRW BERKEYAKINAN PENUH KEMENANGAN SELANGOR ITU HANYA BUAT SEMENTARA SAHAJA KALAU TAK PERCAYA KITA SAMA-SAMALAH TENGOKLAH NANTI!!!! SELANGOR KALAU MAIN MACAM TU DI KELANTAN NANTI AKAN KALAH TERUK !!!!! BUKAN HEBAT MANA PUN !!!!! MENANG NASIB SAJA !! BUKAN KECEWA TAPI ITULAH KENYATAAN YANG SEBENAR-BENARNYA !!!!!
February 15, 2012 - 6:04 pm
Engkau kecewa la mgr..hahaha
February 25, 2012 - 11:37 pm
satu-satunya negeri yang pnah lwn mufc kat malaysia…kelantan???