Kelantan mara ke separuh akhir
NAIB juara musim lalu, Kelantan berada dalam kelas tersendiri apabila muncul sebagai pasukan pertama ke separuh akhir Piala Malaysia 2010 setelah menewaskan Selangor dengan agregat 3-0 pada pertemuan suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV malam tadi.
Beraksi di hadapan lebih 25,000 penyokong, tuan rumah menggunakan kelebihan di gelanggang sendiri dengan mempamerkan corak permainan menyerang sebaik sahaja wisel dibunyikan.
Kelantan membuka jaringan menerusi pemain sayap lincah Mohd Norfarhan Mohamad yang bijak menyudahkan hantara rakan sepasukan untuk meletakkan tuan rumah mendahului 1-0 pada minit ke-13
Kelantan mengukuhkan kedudukan dengan menyumbat gol kedua pada minit ke-24 menerusi Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang menanduk hantaran lintang ketua pasukan Indra Putra Mahyuddin.
Selangor yang tergamam dengan corak permainan tuan rumah cuba bangkit dengan mempamerkan rentak berbeza pada babak kedua apabila sering mengancam kubu Kelantan.
Peluang terbaik Selangor hadir pada minit ke-59 menerusi R Surendran, namun rembatannya diselamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat.
Khairul Fahmi sekali lagi membuktikan kematangan apabila berjaya menyelamatkan sepakan kapten Selangor, Amri Yahyah.
Tersentak dengan asakan Selangor, Kelantan kembali memperkemaskan jentera serangan.
Mohd Badhri Radzi melengkapkan malam cemerlang Kelantan apabila memperdayakan pemain pertahanan Selangor pada minit ke-79 selepas menyambut bola lambungan Akmal Rizal untuk memastikan Kelantan layak ke pusingan seterusnya.
Menanti Kelantan di separuh akhir ialah pemenang antara Kedah menentang Terengganu dalam satu lagi saingan suku akhir, malam ini.
October 16, 2010 - 5:37 am
mana pasukan merah kuning?
memang luar stadium kes bunuh orang..datang kb kena 3-0..Tuhan dah balas atas muka bumi lagi..belum lagi akhirat…
October 16, 2010 - 5:38 am
menang*
October 16, 2010 - 8:54 am
syg kelantan kita menang.
October 17, 2010 - 9:44 am
SYG KELANTAN KITO JUARA
October 16, 2010 - 10:47 am
tahniah sek kito.
budok2 Selangor senyap sudoh laa.
org ajok mari KB, takut.
caaaaiiiitttt..
Gomo Kelate Gomo!
October 17, 2010 - 12:44 am
fan sngor x nampak sekor pun d kb sbb dia tau yg buat hal d shah alam adalah penyokong sngor wak jawa sngor semua. golongan ni penakut habih pah tu duit kurang nak gi jauhx. d shah alam masuk stadium pun dpt subsidi.
October 17, 2010 - 1:24 am
Kalau main bola nak tunjuk telor sapa besar je keje , baik main telor je la. Apa korang dpt ? Nak semua orang takut… Ok memang kami takut…. Tapi ape korang dpt? Masuk final nnt kalah gak hehe… Menang sorak ajo lah korang!!!
October 17, 2010 - 2:05 am
kito ore klate kno ado pendirian tetap jgn jd mace ore luar tkut dgn keadaan dan pemerintah..kito bt hok ALLAH suruh n tnggal hok ALLAH lrg…GOMO KLATE GOMO
October 17, 2010 - 7:43 am
kata2 dari orang yang tak reti main bola… cukup kesian kat hoben ni… apa kami dapat? kami dapat bagi sokongan kat pemain kami. nape ko nak takot? orang yg takot ni orang yang salah jer.. ore bodo po mu jah takot samo ore… kalu ore cerdik, takot ko tuhe…
atleast kami boleh bersorak ramai2… yg ko pulak mane leh nak bersorak… korang tahu complain jerk.. cakap macam best.. jom le p stadium kasi sokongan kat team masing2…
October 18, 2010 - 8:14 pm
kata-kata dan cemuhan itu adalah doa…jadi janganlah dok kata perkataan hak tak molek ka pemain kita…mereka pun ada maruah juga…pakat-pakat doa agar The Reds Warriors berjaya ke Bukit Jalil dan Qada hak tahun 2009….Amin……
October 19, 2010 - 5:51 pm
tido xnero main keputuse gni
GOMO KUAT LG KELATE
October 22, 2010 - 4:41 pm
tak kira kelantan ke s’gor ke johor ke,mesti berhemah tgk bola..jgn buat provakasi..beri sokongan x salah..fanatik x salah,kita nk tgk bola kita maju,bt apa nk gaduh2..
Pingback: Video: Kelantan 0-0 Sabah | KelantanFC - Gomo Kelate Gomo