FAM tarik balik hukuman beraksi tanpa penonton ke atas Sarawak

JAWATANKUASA Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memutuskan akan menarik balik hukuman bermain di halaman sendiri tanpa kehadiran penyokong selama empat perlawanan, yang dikenakan ke atas Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

FAS dikenakan hukuman itu kerana gagal mengawal penyokong sehingga mengabaikan aspek keselamatan.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, keputusan ini dibuat hasil persetujuan bersama ahli panel itu yang berpuas hati terhadap sikap yang ditunjukkan oleh segelintir penyokong Sarawak.

“Setelah dipantau, pihak kami sangat berpuas hati. Jadi kami memutuskan pada perlawanan Liga Super bulan depan antara Sarawak dengan Selangor, penyokong dibenar untuk membanjiri stadium sebagai sokongan kepada pasukan kegemaran mereka,” kata Taufik.

Taufik bagaimanapun berkata, penarikan balik hukuman tersebut adalah bersyarat dan penyokong harus mematuhi agar kekecohan sebelum ini tidak akan berulang.

“Walaupun penyokong dibenarkan untuk memberi sokongan nanti, pihak kami akan tetap menghantar wakil untuk pemantauan agar insiden keganasan penyokong tidak berlaku lagi,” kata

Taufik sambil menambah, “sekiranya penyokong Sarawak tetap berdegil dan tidak mampu mengawal perasaan sehingga mengabaikan aspek keselamatan, jadi hukuman itu akan terus kekal.”

Sarawak didenda RM75,500

28/04/2012

  • Hukuman kali kedua oleh FAM dalam tempoh seminggu

KANTUNG Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kembung, semalam - terima kasih kepada ‘bencana ciptaan Sarawak’ yang derita terpaksa membayar denda lagi - kali ini RM46,000 membabitkan kesalahan langkah kawalan keselamatan ketika menentang Kelantan dalam Liga Super pada 7 April lalu.

Episod ini ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ selepas hanya seminggu lalu Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dipalit hukuman denda RM29,500 gara-gara kesalahan sama ketika menentang Lions XII pada 17 Mac lalu.

Tambah perit, Robert Alberts dan anak didiknya dari skuad Bujang Senang terpaksa beraksi empat perlawanan di Stadium Negeri, Kuching tanpa kehadiran penonton berkuatkuasa serta merta. — BH

Sarawak didenda RM35,500

KEGAGALAN mengawal penyokong dan pemain pada perlawanan menentang LionsXII membawa padah buat Sarawak apabila didenda RM35,500 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abd Razak menjelaskan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) didapati bersalah terhadap empat tuduhan membabitkan isu keselamatan.

“Kegagalan menyediakan anggota keselamatan mencukupi menyebabkan FAS didenda RM15,000 termasuk insiden membaling botol yang terkena dada pegawai pertandingan, Ismadi Ibrahim,” katanya selepas mempengerusi mesyuarat terbabit.

Katanya, tuduhan lain adalah insiden penonton Sarawak membaling botol kepada pemain LionsXII (denda RM2,500), penonton berkumpul di luar stadium seolah-olah berdemonstrasi dan mengeluarkan kata-kata kesat seperti ‘pengadil rasuah’ dan ‘bodoh’ (RM6,000) selain kesalahan penggunaan laser terhadap penjaga gol LionsXII (RM6,000).

“Semua hukuman dikenakan adalah minimum dan tidak boleh dirayu. Ini juga jumlah denda paling tinggi terhadap mana-mana persatuan bola sepak negeri pada musim ini selain peringatan terakhir kepada FAS agar perkara membabitkan keselamatan ini tidak berulang kerana denda boleh mencecah RM100,000,” katanya.

Selain itu, penolong jurulatih Sarawak, Mohd Farhan Abdullah turut didapati bersalah kerana menolak pengadil dan digantung lapan perlawanan serta denda RM4,000.

“Kapten Sarawak, Mohd Hairol Mokhtar pula didapati bersalah terhadap satu pertuduhan iaitu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil digantung tiga perlawanan dan denda RM2,000. Tuduhan kedua iaitu menendang pengadil perlawanan dari belakang digugurkan kerana tiada bukti kukuh,” katanya.

Perlawanan yang berlangsung pada 17 Mac itu mencetuskan ketegangan apabila LionsXII mencatatkan kemenangan 1-0 menerusi sepakan penalti kapten kelab Singapura itu, Shahril Ishak pada minit ke-72. — Metro




coded by nessus

23 Responses to FAM tarik balik hukuman beraksi tanpa penonton ke atas Sarawak

  1. Tahniahla pd penyokong Sarawak sbb berjaya membuat FAM tarik balik hukumannya. aku ingat, hukuman tu xboleh tarik sbb FIFA akn marah. rupanya idak.. so jelasla, apa2 hukumn, boleh ditarik atas perkiraan jawatankuasa tatatertib FAM jg. so, hrp KAFA dpt cuba2 belajar ilmu apa yg FAS guna, hehehe

    • sial punye J/kuasa displin..kata x boleh merayu..mmg nmpk sgt,,binatang2 dlm FAM nk kenakn TSAM… kena ugut baru FAM takut.. rupe nyer penakut jgk kepala FAM nie…cisss buat malu je

    • YG menonton tu…..
      BERADAB lah sedikit semasa di stadium. Kelakuan anda kadang2 menyebabkan Persatuan kena denda. Menonton sudahlah…. nak buat kecoh-kecoh buat apa.
      JGN tunjukkan mentaliti KELAS 3 kita kpd umum…malu.

  2. kawe rasa … presiden fam takut dgn penyokong dan team serawak nak keluar fam kot.. lagipun nak mengundi dah dekat… cari duit dan sokongan le agaknye,,,, le dgn penyokong yg fanatik serawak ramai..

  3. Kuasa diplomatik Sarawak. Fam tak berani buat hal :-D

  4. Bila masa mereka nilai sikap penonton sarawak?
    main kat home hr tu takde penonton.
    nilai kerusi kosong mmg la takde masalah.
    bunyi pun takde…
    kelakar jgk FAM ni…

  5. anonymous - sewaktu last match menentang sabah, ada screen besar dibukak di luar stadium. beribu fans sarawak sokong dari luar. yang tu kot diorang tengok.

  6. Wana mung FAM. Sekejap aja tarik balik, kalau Kelantan hukum keras

  7. Tahniah buat FAS kerana telah membodohkan FAM !!!Nampak sangat FAM lapar kat duit persatuan bolasepak negeri!!!Dan dengan ini semakin ramai orang menyampah kat FAM yang kartun ni…….

  8. semasa perlawanan tanpa penonton melawan sabah hari tu,penyokong sarawak berhimpun menonton skrin besar yang disediakan di luar stadium sebagai tanda sokongan…suasana seperti dalam stadium jugak…tahniah utk pasukan dan penyokong sarawak…ngap sayot!!!!!!!

  9. hahaha!! FAM TAKUT NGAN PENYOKONG SARAWAK TU..FAM TAK NAK TENGOK PENYOKONG2 SARAWAK MERUSUH LAGI HAHA PADAN UKA FAM..

  10. Ha..ha..lucu betul perangai Pegawai2 NYANYUK FAM ni…mgkin mereka baru kira berapa kerugian yang mereka tanggung kalau Sarawak main di Stadium kosong..satu lagi yang pasti mereka takut peristiwa FAS keluar dari gabungan FAM sebagaimana zaman NGAP SAYOT dulu berulang……..

  11. bijok2, fam sedang cari penyokong skrg. akn menyusul kemudian, semua persatuan negeri yg kena denda akn dibatalkan kecuali hukuman keatas TSAM. perang psikologi sedang berjln skrg antara fam dgn TSAM dan kemungkinan selepas ini keatas kafa pula sekiranya TSAM berdegil… dimana anda blh belajar cara2 strategi ini? tanyalah Israel aka yahudi. ada org akn kena Booooooooooo di stadium selepas ini

  12. fffffffffffffffffffff

    Bengong!

  13. Van Persia Penang

    Flip flop amalan bn jadik amalan Fam lak….haktuiiii!

  14. keputusan tak masuk akal FAM

    Keputusan yang dibuat FAM memang jijik dan hina . Semasa hukuman dijatuhkan, Sarawak tak boleh merayu. Sekarang lain pulak jadinya. Inikan kononnya profesional dalam kepimpinan FAM. Selaku rakyat malaysia , aku sangat malu dengan setiap tindakan FAM.

  15. ...and justice for all

    salam sume peminat bola,
    kawe xfhm ngn karenah & gelagat org2 FAM ni… sarawak kena denda kali pertama utk game 17 mac 2012 sebanyak rm35,500 iaitu denda tertinggi utk persatuan tahun ni, smbl memberi peringatan terakhir kpd FAS utk menjaga keselamatan.. klu berlaku lagi mgkn bole kena denda maksima rm100,000….
    seminggu kemudian jk tatatetib FAM denda lagi sarawak utk game 7 april, denda rm46,000 sbb mengabaikan keselamatan lagi.. dan denda main di stadium negeri tanpa penonton utk 4 game…
    18 hari kemudian, larangan bermain tempat sendiri ditarik balik…… persoalannya……..
    1. mcmana bole tarik balik larangan tu, sedangkan tak bole buat rayuan….?
    2. mcmana jk tatatertib FAM bole bersidang jika tiada request….?
    3. mcmana FAM buat pemantauan utk justify penyokong sarawak smp jk tatatertib sgt berpuas hati sedangkan game lwn sabah masa tu tiada penonton…..?
    4. dari mesyuarat pertama jk tatatertib beri peringatan terakhir kpd FAS serta persatuan lain, nada keras da bertukar lembut dgn penarikan semula larangan tesebut….? di mana pegangan FAM????

    APA KITA NK BUAT NGN FAM NI???

  16. kita gulingkan FAM

  17. Ni sb penyokong kalantitlah yg punya hal sebabkan sarawak kena denda, jd pesanan man laksa utk penyokng ngap sayot supaya halau penyokong n org klantit dr sarawak!!! Jihad!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>