Ranking FIFA: Malaysia turun ke tangga 157

KEPUTUSAN satu seri dan satu kemenangan dengan Singapura pada perlawanan persahabatan antabangsa baru-baru ini menyaksikan kedudukan Harimau Malaya dalam senarai ranking bola sepak dunia terus menjunam apabila berada di tempat ke-157 dunia.

Ranking terbaru Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menunjukkan skuad bimbangan Datuk K. Rajagobal itu merosot tiga anak tangga berbanding 154 pada bulan lepas.

Penurunan itu disifatkan paling buruk tahun ini selepas menghuni kedudukan ke-148 pada anuari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April, 153 (mei) dan tangga ke-154 bulan lepas.

Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan seperti Cuba (150), Bangladesh (151), Palestin (154) dan Kepulauan Faroe (155) yang diketahui umum kekurangan kemudahan asas bola sepak seperti padang serta peralatan sukan.

Dalam kalangan negara di Asia Tenggara pula, Malaysia kekal di tempat kelima di belakang Vietnam (120), Thailand (135), Filipina (152) dan Indonesia (153).

Pada peringkat Asia, Malaysia turun satu anak tangga ke kedudukan ke-28 daripada 46 negara.

Sementara itu, Sepanyol, yang menjuarai Kejohanan Eropah (EURO 2012) baru-baru ini, terus mengukuhkan kedudukan mereka selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,691 mata.

Jerman, yang sebelum ini menghuni tangga ketiga, merampas tempat kedua daripada Uruguay selepas mengumpul 1,502 mata berbanding pasukan Amerika Selatan itu yang mengumpul 1,297 mata. Kedudukan ranking itu merangkumi keseluruhan 205 negara.

- BERNAMA

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

17 Responses to Ranking FIFA: Malaysia turun ke tangga 157

  1. Eh… org xkesah la psl ranking ni.
    (bab kate jidin/midin)

  2. ranking tak penting…..

  3. Kalu ranking x penting..apa kata kito ambik nombor last sekali…..

  4. selamanya…selamanya…selamanya harimau malaya…

  5. selam selam selam-selamanya harimau malaya ok tapi pemain malaya tak ok

  6. ada aku kesah!!!
    jawatan tetap kukuh.

  7. belalangkunyits

    tak kisah dengan ranking tu janji hujung bulan cocok ada asyuk!!!yeeehaaaaaaa!!!

  8. sapa kata ranking tak penting org tu tak de matlamat hidup. macam kat sekolah la, tak nak tengok anak kita dapat number last je. mesti nak nombor sati der….

  9. PEMINAT : FAM….ko dgr x luahan peminat bola sepak tanah air.

    FAM: ade aku kisah. Ranking no. 1 or 200 ke, gaji aku tetap jalan…

  10. Salam.

    Sangat memalukan. Rasa tak logic pun ada gak macam mane kita boleh berada sama tinggi dengan negara2 yang tidak cukup kemudahan. Kita harus kumpul point. Pilih international game yang boleh accumulate more points! Selamanya! Sekian.

  11. orang yg x kisah pasal ranking ni..macam bapak yg ada anak..anak dia sekolah lulus ke fail pun dia x kisah, dapat no berapa pun dia x kisah…
    BAPAK JENIS APA TU?

  12. Aku tak kesah raking Malaysia no berapapun…janji duit aku masuk RM70K sebulan.Barang sesiapa yang komen aku, aku adukan kepada Sultan.

  13. mohon hassan akidah siasat

  14. renking tak penting .janji jangan kalah.kalu tak ada rezeki nk buat mcm mana.tp mereka dh kuat berlatih dh.kami tetap menyokong anda pasukan tanah air ku.

  15. rankng sngat pnting lah boy…. oalooh……….. klo mlaysia rnkng ke99 dnia lge gooooood……. HARIMAU MALAYA……….BOOOOOOOOOOOLLLLLLLLLEEEEEEEEHHHHHHHHHHHHHHHHHH………//////////////

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>