Azzuddin minta MB Terengganu bertenang
FAM buat keputusan isu pemain import petang ini
“SAYA minta semua pihak tenang dan bersabar,” kata Datuk Azzuddin Ahmad sebagai mengulas isu tindakan drastik Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mahu menyaman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Setiausaha Agung badan induk itu menambah Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM akan mengadakan satu mesyuarat khas, hari ini bagi membincangkan perkara berbangkit menyentuh isu pemain import yang menjadi kecoh besar ketika ini.
“Jadi buat masa ini, kami tidak mahu beri apa-apa komen. Segala persoalan akan diperjelaskan secara panjang lebar pada sidang media selepas mesyuarat itu,” kata Azzuddin semalam.
Apapun, bicara pemerhati bola sepak tanah air ketika ini adalah isu ini sebenarnya tidak akan menjadi besar andai Ahmad diberi penjelasan dengan gambaran interpretasi yang betul daripada pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), termasuk presidennya, Datuk Che Mat Jusoh.
Semalam, akhbar melaporkan kenyataan Ahmad yang mahu menyaman FAM kerana tidak puas hati apabila dua pemain import Terengganu - Francis Doe Forkey dan Erison Da Silva Santos Carnietto - tidak dibenarkan beraksi untuk Liga Super yang bermula Selasa lalu.
Pendirian FAM hanya akan diketahui petang ini selepas perbincangan membabitkan Pengerusi JKPT FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bersama timbalannya, Datuk Afandi Hamzah serta lapan ahli jawatankuasa - Datuk Dr Omar Othman, Rosman Mohd Ibrahim, Alijus Sipil, Dali Wahid, Zulkefly Alias, Azlan Johar, Faisal Zakariah dan termasuk juga Setiausaha PBSNT, Abdullah Salleh.
Namun, Ahmad dan PBSNT bertegas menegakkan kebenaran mereka biarpun hanya merujuk Perkara 4.2 dalam surat pekeliling dikeluarkan FAM bertarikh 23 Disember 2011 tanpa membaca atau merujuk keseluruhan kandungan surat itu, sekali gus menimbulkan kekeliruan di pihak mereka. — Berita Harian
FAM tak berlembut ‘gertakan’ Terengganu
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menunjukkan tanda akan berlembut berhubung ‘gertakan’ Terengganu dan T-Team untuk menarik diri daripada Liga Malaysia (Liga-M) berhubung isu pemain import.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam reaksinya berhubung amaran keras Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said kelmarin, berkata isu pendaftaran pemain import sudah diperjelaskan berulang kali.
Jelas Hamidin yang juga Naib Presiden FAM, lantaran itu beliau juga tidak mahu mengeruhkan lagi isu tersebut.
“Sebagai salah seorang exco FAM, saya memahami dan mengambil berat apa yang dinyatakan oleh Menteri Besar Terengganu semalam.
“Jika mahu mendapatkan komen terhadap apa yang beliau perkatakan semalam (kelmarin), saya telah pun berikan penjelasan berulang kali kepada media mengenai isu berkenaan (pendaftaran pemain import).
“Jadi, tidak perlu saya nyatakan sekali lagi terhadap isu ini. Apabila tiba masa yang sesuai, saya akan berikan maklum balas mengenai pendirian FAM, ” katanya.
FAM akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat khas JPKT di Wisma FAM petang ini.
Mesyuarat itu dijangka menjawab segala persoalan yang mahu dikemukakan PBSNT.
Kelmarin, Ahmad Said yang mewakili kerajaan negeri mahu FAM membenarkan dua pemain import yang telah ditandatangani Terengganu iaitu Erison Da Silva Santos Carnieto dan Francis Forkey Doe beraksi dalam saingan Liga Super atau membayar ganti rugi kos pembayaran pemain.
Jika FAM enggan mengikut pilihan yang diberikan, Ahmad mengancam akan menarik penyertaan Terengganu dan T-Team dalam saingan Liga Malaysia. — Utusan Malaysia
January 13, 2012 - 12:58 pm
bodo lah mu natang judin… mmg mu keras pala & hati batu hitam..
bodoh tak makang telo!!!
January 13, 2012 - 3:07 pm
tak payah dok layan lah FAM baso MB bodoh sekor tu…wat malu ko penyokong trengganu je
January 13, 2012 - 10:03 pm
mu ore klate senyap, jangan nk menyamar..bodoh
January 14, 2012 - 1:46 pm
susoh gapo gak…tubik la ..gi la wat liga sendiri tahun nie…tahun depan masuk balik…
January 15, 2012 - 4:53 pm
salam. utk kebaikan kedua2 belah pihak. fam dan pbsnt duduk semeja berbincang dgn baik.jangan ada pihak yang rugi. biarlah sama2 menang. tak ada gunanya menburuk kan mana2 pihak. tiada piala untuk dinobatkan. TQ