Surat tunjuk sebab: Annuar timbang lantik peguam untuk bela diri

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa berkata beliau belum menerima surat tunjuk sebab daripada badan induk bola sepak negara itu berhubung tindakannya yang dikatakan mengkritik prestasi skuad kebangsaan menerusi media baru-baru ini.

“Saya masih belum menerima surat dari FAM. Saya akan masuk pejabat Jumaat ini selepas pulang dari Myanmar nanti,” katanya menerusi laman sosial Facebook.

Beliau yang juga timbalan pengerusi pasukan kebangsaan berkata beliau akan meneliti isi kandungan surat itu sebaik menerimanya dan akan membuat pertimbangan sama ada perlu melantik peguam bagi membela diri.

FAM sebelum ini menuntut Annuar supaya memberi maklum balas terhadap kritikannya sebelum Jumaat ini dan Jawatankuasa Disiplin FAM akan menilai maklum balas itu sebelum beliau dipanggil berdepan jawatankuasa tersebut pada 29 Mac ini.

Annuar didakwa telah melanggar peraturan FAM setelah menyatakan keraguannya terhadap kemampuan skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF 2012 pada hujung tahun ini berikutan prestasi hambar skuad kebangsaan dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa.

Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh FAM, hanya Presiden yang mempunyai kuasa memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.

Sebelum ini, beberapa individu yang pernah memegang jawatan naib presiden FAM berdepan dengan tindakan disiplin selepas membuat kritikan terhadap FAM.

Mereka termasuklah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (digantung tiga tahun pada 1991) dan Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil yang digantung pada 2001 (empat tahun) dan 2006 (setahun) atas kesalahan sama.

Related Posts

4 Responses to Surat tunjuk sebab: Annuar timbang lantik peguam untuk bela diri

  1. kenapa hanya presiden boleh komen skuad FAM?..x payah komen pun seluruh malaysia tahu prestasi semasa skuad HM mcm mana, takde isu pun…apa yang TSAM bgaitau press tu pun fakta yang jelas yang budak sekolah pun tahu la..peace yo.Sbg contoh kalau takde saluran sukan seprti astro arena,sukan malaysia lesu je,sama juga dengan kritikan sukan,kalau takde rasa bagus jer,kalau ada kritikan barulah boleh buat kerja yang sepatutnya..masa aku belajar dulu pun lecturer aku kritik kaw2 punya supaya idea projek boleh berkembang dan niat lecturer aku tu supaya projek yang dibuat lebih bermutu.

  2. .....justice for all

    sy sgt setuju dgn pendapat TSAM… at least dia x hipokrit bagi pendapat.. jgn mcm sesetengah pihak lain yg suka bagi harapan pada peminat walaupun kita tahu tahap sebenar pasukan/player kita.. lg satu, kita selalu ter’angkat’ bila team lawan puji sblum game tanpa kita sedar yg itu adalah statement ‘ambik hati’.. ayat yg slalu kita dengar, ‘team malaysia ada pemain berbakat yg boleh memberi saingan di peringkat tinggi tp perlukan pendedahan’.. esoknya media2 malaysia ghairah melaporkan berita ni.. alahaiii…. mcm pujian pengurus cardiff city pada safee & safiq tu, media kita kembang kuncup dok siar laporan tu tp hakikatnya tahap player kita masih jauh lg utk beraksi di div 1 england tu..

  3. i guess when it concerns FAM, xde org boleh beri pandangan, atau kritik atau menegur.. FAM satu badan yg untouchable.. kebal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>