Nazmi Faiz milik PKNS FC

Nazmi Faiz milik PKNS FC

Nazmi Faiz ikat kontrak 3 tahun dengan PKNS FC

Teka-teki mengenai masa depan pemain remaja kebangsaan, Nazmi Faiz Mansor akhirnya terjawab.

Nazmi sah menyertai kelab Liga Super, PKNS Selangor dengan kontrak selama tiga tahun. Perkara itu disahkan presiden PKNS, Noor Hisham Gouth ketika dihubungi Astro Awani.

“Nazmi sudah tandatangan kontrak bersama kami untuk tiga tahun dan dia kini sah milik PKNS.

“Untuk mendapatkan pemain seperti Nazmi adalah sesuatu yang diidamkan mana-mana pasukan di negara ini,” jelas Noor Hisham.

Noor Hisham berkata hubungan baik antara PKNS dan ejen yang mewakili Nazmi, Marco Guimaraes turut memudahkan urusan perpindahan pemain berusia 18 tahun itu.

Apa yang menarik, perpindahan Nazmi ini berlaku ketika tempoh pendaftaran pemain Liga Super sudah ditutup.

Noor Hisham bagaimanapun mempunyai hujah tersendiri bagi menjawab persoalan berkenaan.

“Terdapatnya peraturan di mana pemain amatur dibenarkan untuk disenaraikan sekiranya sesuatu pasukan itu mempunyai pemain yang diambil mewakili negara.

“Dalam konteks PKNS, kami ada pemain yang didaftarkan dalam skuad bawah 21 tahun kebangsaan jadi ada kekosongan buat Nazmi disenaraikan dalam pasukan.”

Nazmi sebelum ini dilepaskan kelab Liga Super Portugal, SC Beira Mar selama enam bulan selepas pemain itu dikatakan mahu pulang ke tanah air.

Penyertaan Nazmi ke PKNS menamatkan cabarannya di kerana dia sebelum ini mengikat kontrak tiga tahun bersama Beira Mar bermula Julai lalu.

Sepanjang bersama kelab berpangkalan di Aveiro itu, Nazmi disenaraikan bersama skuad bawah 19 tahun.

Related Posts

One Response to Nazmi Faiz milik PKNS FC

  1. Pingback: Nazmi Faiz ikat kontrak 3 tahun dengan PKNS FC | Sokernet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>