Home » Posts tagged with » England (Page 2)

\ \ \ \ \ \

Carrol ledak gol sulung England

PENYERANG Liverpool, Andy Carroll meledakkan gol sulung buat England pada aksi persahabatan dengan Ghana di Stadium Wembley awal pagi semalam. Begitupun, Ghana merencatkan kegembiraan skuad Three Lions itu apabila seri 1-1 hasil jaringan penyerang Sunderland, Asomoah Gyan pada minit kecederaan Namun, jurulatih England, Capello tetap memuji aksi Carroll dan menjelaskan bahawa penyerang Liverpool yang berharga […]

\ \ \ \

Terry balas kepercayaan Capello

KAPTEN John Terry berjaya membalas kepercayaan yang diberikan Fabio Capello apabila menunjukkan kepimpinan yang hebat untuk membantu England membenam Wales 2-0 pada perlawanan kelayakan Euro 2012 di Millennium Stadium semalam. Pemain Chelsea tersebut sebelum ini dilucutkan daripada memakai lilitan kapten selepas mencetuskan kontroversi apabila terlibat di dalam beberapa siri krisis peribadi, namun dilantik semula Capello […]

\ \ \ \

Capello puji aksi Wilshere

FABIO Capello memuj persembahan Jack Wilshere selepas pemain muda itu membantu England menang 2-0 ke atas Wales pada perlawanan kelayakan Euro 2012, semalam. Pemain Arsenal itu hanya beraksi 52 minit pada perlawanan tersebut tetapi ia sudah cukup meletakkan England pada kedudukan selesa untuk layak ke Euro 2012 di Poland dan Ukraine. Gol Frank Lampard dan […]

\ \ \ \

England menang kerana diejek

Keputusan: Wales 0-2 England JOHN Terry berkata, England tetap bersemangat apabila menang 2-0 ke atas Wales pada perlawanan kelayakan Euro 2012, walaupun diejek oleh penyokong tuan rumah sebelum perlawanan di Cardiff, semalam. Penyokong Wales mengejek lagu kebangsaan England, ‘God Save the Queen’ sebelum sepak mula dan mengejek Terry setiap kali pemain itu menyentuh bola pada […]

\ \ \

Kelayakan Euro 2012: England benam Wales 2-0

KEMPEN England pada pusingan kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2012 kembali ke landasan sebenar, selepas mengalahkan Wales 2-0 di Stadium Millennium awal pagi tadi untuk melonjak ke tangga teratas Kumpulan G. Pasukan pelawat menunjukkan penguasaan sejak awal apabila memperoleh dua gol dalam tempoh 15 minit pertama permainan menerusi bintang tengah, Frank Lampard dan Darren Bent. Lampard […]

\ \ \ \ \

England harapkan sentuhan Wayne Rooney

PENYERANG England, Wayne Rooney dijangka akan mengetepikan laporan mengenai kisah kehidupan peribadinya untuk berangkat ke Switzerland bagi menghadapi perlawanan kelayakan Euro 2012. Pemain itu menjadi tumpuan selepas akhbar News of the World dan Sunday Mirror membongkar dia melanggani pelacur ketika isterinya, Coleen sedang mengandung sehingga menimbulkan spekulasi mengenai peranannya dalam perlawanan berikut. Namun menurut sumber […]

\ \ \ \

Duka England di Piala Dunia belum terubat

KEKECEWAAN England pada kempen Piala Dunia lalu masih belum terubat meskipun menang 4-0 ke atas Bulgaria pada aksi kelayakan Euro 2012, Sabtu lalu. Begitupun, kapten skuad Three Lions, Steven Gerrard menjelaskan, kemenangan besar tersebut adalah satu ‘reaksi semula jadi’ pasukan itu. Kemenangan besar itu adalah yang terbaru dilakar anak-anak buah Fabio Capello sejak membelasah Croatia […]

\ \ \ \ \

England belasah Bulgaria 4-0

Jermain Defoe (3, 61, 86) Adam Johnson (83) JARINGAN hatrik Jermain Defoe membantu England mencatat kemenangan selesa 4-0 ke atas Bulgaria pada kempen kelayakan Euro 2012 di Stadium Wembley awal pagi tadi. Defoe melakukan jaringan pada minit ke-3, 61 dan 86. Adam Johnson melengkapkan kemenangan bergaya England menerusi jaringan pada minit ke-83. England mendahului seawal […]

\ \ \

Kelayakan EURO 2012: Persiapan England terjejas

PERSIAPAN Fabio Capello untuk perlawanan pembukaan England dalam kelayakan Euro 2012 menerima tamparan selepas Peter Crouch, Phil Jagielka dan dua penjaga gol simpanan, tidak menyertai latihan semalam, kerana kecederaan. Capello terdesak untuk bermula positif dalam kempen Euro 2012, selepas aksi hambar England pada Piala Dunia. Namun, dia kin resah kerana dibelenggu masalah kecederaan pemain, menjelang […]

\ \

England kembali dibimbing jurulatih tempatan

PENGURUS bola sepak England yang kini disandang Fabio Capello bakal diganti warga tempatan, selepas pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak England (FA England) mengeluarkan satu kenyataan. Capello, jurulatih berasal dari Itali gagal menaikkan nama England di Piala Dunia Afrika Selatan musim panas lalu akan terus kekal sebagai pengurus Three Lions sehingga pusingan akhir Euro 2012 di […]

\ \ \

Karier David Bechkam bersama England berakhir

Hasrat David Beckham untuk mencipta rekod penampilan terbanyak bersama England berakhir selepas jurulatih, Fabio Capello memberitahu, bekas kapten mereka sudah terlalu tua untuk bermain lagi dengan skuad kebangsaan. Pemain tengah berusia 35 tahun itu telah beraksi sebanyak 115 kali buat England, rekod kedua tertinggi di belakang penjaga gol, Peter Shilton dengan 125 penampilan dari 1970 […]

\ \ \ \

England, Argentina ubati duka Piala Dunia

Sepanyol dipaksa seri 1-1 dengan Mexico PASUKAN dipalit kecewa, England dan Argentina berjaya mengikis igauan dalam Piala Dunia 2010 lalu selepas masing-masing merakamkan kemenangan yang amat dicari-cari, kelmarin manakala juara dunia yang baru, Sepanyol memerlukan jaringan pada minit terakhir untuk menyelamatkan maruah ketika seri menentang Mexico. England yang beraksi buat pertama kali selepas dibelasah Jerman […]

Page 2 of 3123