England harapkan sentuhan Wayne Rooney
PENYERANG England, Wayne Rooney dijangka akan mengetepikan laporan mengenai kisah kehidupan peribadinya untuk berangkat ke Switzerland bagi menghadapi perlawanan kelayakan Euro 2012.
Pemain itu menjadi tumpuan selepas akhbar News of the World dan Sunday Mirror membongkar dia melanggani pelacur ketika isterinya, Coleen sedang mengandung sehingga menimbulkan spekulasi mengenai peranannya dalam perlawanan berikut.
Namun menurut sumber dalaman pasukan itu badan induk bola sepak negara belum mengambil sebarang keputusan dan Rooney dijangka akan turut serta.
Bintang Manchester United itu memainkan peranan penting dalam perancangan Fabio Capello walaupun kemarau gol dalam 11 perlawanan.
Namun aksinya menentang Bulgaria meraih pujian ramai.
England akan menentang Switzerland di Basels pada pagi Rabu nanti.
Luahan Perasaan