England, Argentina ubati duka Piala Dunia

Sepanyol dipaksa seri 1-1 dengan Mexico

PASUKAN dipalit kecewa, England dan Argentina berjaya mengikis igauan dalam Piala Dunia 2010 lalu selepas masing-masing merakamkan kemenangan yang amat dicari-cari, kelmarin manakala juara dunia yang baru, Sepanyol memerlukan jaringan pada minit terakhir untuk menyelamatkan maruah ketika seri menentang Mexico.

England yang beraksi buat pertama kali selepas dibelasah Jerman 4-1 dalam pusingan kalah mati di Afrika Selatan, Jun lalu bangkit menewaskan Hungary 2-1 dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Wembley dengan ketua pasukan, Steven Gerrard menyumbang kedua-dua gol cantik dalam tempoh empat minit pada babak kedua.

“Saya gembira dengan kemenangan ini. Pemain bermain bawah tekanan untuk menang serta ejekan penonton tetapi pemain baru bermain dengan sifat yakin kali ini,” kata pengurus pasukan, Fabio Capello.

Argentina yang tewas kepada Jerman dalam suku akhir di Piala Dunia mengetepikan segala kontroversi selepas pemecatan Diego Maradona dengan menewaskan Ireland 1-0.

Juara dunia, Sepanyol berterima kasih kepada David Silva yang menjadi penyelamat dengan jaringan pada minit ke-90 membantu pasukan seri 1-1 menentang Mexico di hadapan 100,000 penonton di Bandaraya Mexico.

Perancis yang berwajah baru di bawah bimbingan jurulatih, Laurent Blanc tewas kepada Norway 2-1 manakala naib juara Piala Dunia, Belanda sekadar mampu seri 1-1 menentang tuan rumah bersama Euro 2012, Croatia dan Jerman turut seri 2-2 menentang Denmark.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>