PENGURUS bola sepak England yang kini disandang Fabio Capello bakal diganti warga tempatan, selepas pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak England (FA England) mengeluarkan satu kenyataan.

Capello, jurulatih berasal dari Itali gagal menaikkan nama England di Piala Dunia Afrika Selatan musim panas lalu akan terus kekal sebagai pengurus Three Lions sehingga pusingan akhir Euro 2012 di Poland dan Ukraine.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan FA England, Adrian Bevington berkata selepas dia (Capello) pergi, mereka mahu mengembalikan jawatan itu kepada pengurus tempatan.

“Itulah hasil pandangan yang turut saya sertai,” kata Bevington kepada Radio BBC 5 Live Sportweek.

“Kami gembira berkerja sama dengan Sven-Goran Eriksson dan kini kami ada Capello.

“Saya berpendapat pasukan England sepatutnya diuruskan oleh pengurus England di masa depan.” Capello mendapati dirinya mendapat perhatian minggu ini sejurus selepas England mencapai kemenangan ke atas Hungary dalam perlawanan persahabatan di Wembley.

Dia mengumumkan bekas ketua pasukan David Beckham tidak lagi akan dipilih mewakili pasukan kebangsaan.

“Ramai orang ada pendapat bercanggah mengenai Fabio Capello, terutamanya sebelum Piala Dunia,” kata Bevington.

“Tugas kami adalah untuk menyokong dia sebaik mungkin dan mungkin inilah masanya untuk mereka meningkatkan komunikasi antara pengurus dan pemain.”

Persatuan itu turut mengesahkan England akan berdepan Perancis dalam perlawanan persahabatan di Wembley pada17 November depan, iaitu perlawanan yang diusahakan Capello sebagai perlawanan perpisahan buat Beckham, yang sebelum ini memberi reaksi dengan mengumumkan persaraan.

Capello sudah merancangnya dalam satu mesyuarat bersama Perancis di Paris, dua tahun lalu ketika jaringan penalti Franck Ribery memisahkan kedua-dua pasukan yang dibimbing jurulatih dari Itali itu.




coded by nessus

Main topics: Global

Sub topics: , ,


Readers Comments (0)