Carrol ledak gol sulung England

PENYERANG Liverpool, Andy Carroll meledakkan gol sulung buat England pada aksi persahabatan dengan Ghana di Stadium Wembley awal pagi semalam.

Begitupun, Ghana merencatkan kegembiraan skuad Three Lions itu apabila seri 1-1 hasil jaringan penyerang Sunderland, Asomoah Gyan pada minit kecederaan

Namun, jurulatih England, Capello tetap memuji aksi Carroll dan menjelaskan bahawa penyerang Liverpool yang berharga £35 juta (RM170 juta) itu akan beraksi lebih baik lagi sekiranya dia mendapat semula kecergasannya.

Capello berkata: “Carroll berjaya menjaringkan satu gol tetapi dia memerlukan masa untuk terus mempamer peningkatan. Dia seorang pemain yang sangat penting bagi kami.

“Saya masih ingat ketika dia belum cedera. Dia banyak berlari, sentiasa cuba berebut bola. Tetapi dia masih boleh meningkat dan akan menjadi pemain yang lebih bagus.”

Capello menjelaskan keputusan seri dengan pasukan yang mara ke suku akhir Piala Dunia ini adalah satu suntikan moral yang besar.

“Saya gembira kerana saya melihat satu perlawanan yang hebat dan bukannya satu aksi persahabatan,” kata Capello.

“Amat menarik bagi saya untuk melihat semua pemain malam ini bermain di peringkat senior. Pemain yang beraksi di Wembley ini semuanya sangat bagus.

Sementara itu, Carroll berkata: “Sungguh hebat untuk beraksi buat England sekali lagi dan kali ini dengan menjaringkan gol.

“Saya selesa dengan formasi 4-3-3. Saya telah kembali dan bersedia untuk meledakkan gol jika dipilih sekali lagi.” -Kosmo

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>