Kelayakan Euro 2012: England benam Wales 2-0

KEMPEN England pada pusingan kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2012 kembali ke landasan sebenar, selepas mengalahkan Wales 2-0 di Stadium Millennium awal pagi tadi untuk melonjak ke tangga teratas Kumpulan G.

Pasukan pelawat menunjukkan penguasaan sejak awal apabila memperoleh dua gol dalam tempoh 15 minit pertama permainan menerusi bintang tengah, Frank Lampard dan Darren Bent.

Lampard meletakkan England di depan seawal minit ketujuh dengan menyempurnakan sepakan penalti, sebelum Bent menggandakan kedudukan 2-0 di minit ke-15.

Ini adalah kekalahan pertama buat pengurus Wales, Gary Speed dalam perlawanan kompetitif sulungnya bersama pasukan itu, sekali gus memadamn harapan mereka untuk melayakkan diri ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Ukraine dan Poland, tahun depan.

Wales kalah dalam semua empat perlawanan kelayakan.

England kini mendahului Kumpulan G dengan 10 mata, berkongsi mata bersama Montenegro tetapi dipisahkan menerusi kelebihan jaringan.

Switzerland dan Bulgaria, masing-masing berkongsi tiga mata.

Dalam perlawanan tersebut, penjaga gol England, Joe Hart hampir langsung tidak diuji, sebaliknya England, yang membariskan pemain remaja berusia 19 tahun, Jack Wilshere berganding dengan Lampard dan Scott Parker di bahagian tengah berjaya memporak-perandakan pertahanan lawan, pada ketika Ashley Young dan Ashley Cole pula cemerlang menerajui sayap.

Kapten Wales yang baru berusia 20 tahun, Aaron Ramsey dipaksa berhempas pulas untuk mengekang asakan bertali arus England, terutama di awal saingan.

Namun, dalam keadaan yang tertekan, pertahanan mereka, James Collins melakukan kesilapan dengan menjatuhkan Young, sekali gus menghadiahkan sepakan penalti.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>