Archive for April, 2010

MU hilang khidmat Rooney

WALAUPUN terus memberi tekanan kepada Chelsea selepas mengalahkan Tottenham 3-1 kelmarin, namun Manchester United resah kerana terpaksa meneruskan pemburuan kejuaraan Liga Perdana England tanpa penyerang utama, Wayne Rooney. Selepas disisihkan daripada pertemuan menentang Spurs, pengurus United, Alex Ferguson mengakui, penyerang England itu [...]

Belasah Stoke 7-0, Chelsea kembali ke puncak

MANCHESTER United hanya sempat berada di puncak Liga Perdana Inggeris selama sehari sehaja apabila Chelsea kembali merampas kedudukan teratas liga selepas membelasah Stoke City 7-0 dalam aksi yang baru berakhir di Stamford Bridge lewat malam ini. Semalam Manchester United menghuni puncak EPL selepas menewaskan Tottenham 3-1 di Old Trafford. Dua [...]

Liverpool benam Burnley 4-0

KETUA pasukan, Steven Gerrard menjaringkan dua gol ketika membantu Liverpool menang 4-0 ke atas Burnley dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Turf Moor lewat malam ini. Sekali pun menang besar, peluang The Reds untuk memburu slot Liga Juara Eropah musim depan masih belum pasti apatah lagi kejayaan Aston Villa yang turut berjaya mengutip tiga mata [...]

Aston Villa pintas City

JARINGAN James Milner pada lewat perlawanan menghidupkan sisa-sisa peluang Aston Villa untuk persaingan ke Liga Juara Eropah musim depan selepas menang tipis 1-0 ke atas Birmingham City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Villa Park malam ini. Pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti apabila pertahanan Birmingham, Roger Johnson [...]

MU benam Portsmouth, naik tangga teratas

RYAN Giggs menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti untuk membolehkan Manchester United terus menekan Chelsea sebagai pendahulu Liga Perdana dengan menewaskan Tottenham 3-1 hari ini. Giggs, 36, memulakan jaringan dan menamatkannya pada separuh masa kedua untuk menjadikan juara bertahan itu dua mata mengatasi Chelsea, yang akan melayan [...]

Newcastle kembali ke kancah EPL

NEWCASTLE United memastikan gelaran Liga Kejuaraan kelmarin selepas mencatat kemenangan 2-0 di Plymouth Argyle, sekali gus memastikan tempat ke liga elit musim depan. Jaringan babak pertama daripada Andy Carroll dan Wayne Routledge mengesahkan kejuaraan selepas barisan kendalian Chris Hughton itu memastikan kepulangan semula dalam Liga Perdana [...]

Era Ferguson bersama MU berakhir 2011

MANCHESTER United sudah memulakan buruan mencari pengurus pasukan baru selepas Alex Ferguson memberitahu lembaga kelab berkenaan bahawa dia akan meninggalkan pasukan juara itu selepas membimbing mereka semusim lagi. “Satu musim lagi dan selepas itu saya akan berundur,” kata pengendali berbangsa Scotland itu yang kini tampak mungkin [...]

Liverpool terus bersaing buru tiket Eropah

JARINGAN separuh masa pertama oleh Yossi Benayoun dan David Ngog serta gol sendiri daripada Robert Green membolehkan Liverpool meraih kemenangan 3-0 kelmarin ke atas pasukan bergelut, West Ham. The Reds berada lima mata ketinggalan dengan pasukan tempat keempat, Tottenham, yang memiliki satu perlawanan dalam tangan, tetapi mereka melanjutkan [...]

Arsenal tewas 2-3 di tangan Wigan

ARSENAL gagal merebut peluang untuk mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea apabila tewas 2-3 kepada Wigan malam ini. Kemenangan Wigan ternyata bukan suatu yang mudah apabila mereka melakukan kebangkitan penuh drama dengan menjaringkan tiga gol pada 11 minit terakhir perlawanan ketika ketinggalan 0-2 di belakang [...]

Spurs buka ruang buat pencabar Chelsea

SELEPAS mengecewakan salah satu pencabar utama EPL, Arsenal minggu lalu, Tottenham Hotspurs sekali lagi muncul sebagai watak pemusnah atau giant killer apabila mengejutkan pendahulu liga, Chelsea 2-1 di White Hart Lane, awal pagi tadi. Kemenangan Spurs kini membuka ruang lebih luas buat Manchester United untuk menyaingi The Blues dalam [...]

Jaringan minit akhir Scholes hampakan City

PAUL Scholes muncul watak pemusnah dalam perlawanan Manchester derby apabila tandukannya pada minit-minit akhir perlawanan membolehkan barisan Sir Alex Ferguson membawa pulang tiga mata penuh dalam aksi sengit di Stadium City of Manchester, sebentar tadi. Kemenangan penting itu kembali menghidupkan peluang Manchester United untuk mengejar [...]

Siapa bakal watak pemusnah, Rooney atau Tevez?

WAYNE Rooney sah akan turun beraksi mengisi kesebelasan utama dalam perlawanan genting Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang musuh setempat, Manchester City awal malam ini. Kemenangan amat penting buat kedua-dua pasukan, Manchester United perlu menang untuk memastikan mereka kekal dalam pemburuan gelaran EPL yang tampak makin sengit di [...]

Tevez sedia robek gawang MU

ROQUE Santa Cruz yakin rakan sepasukannya di Manchester City, Carlos Tevez mempunyai sesuatu untuk dibuktikan, apabila penyerang Argentina itu bertemu bekas kelabnya Manchester United, hari ini. Tevez dilepaskan secara kontroversi oleh bos United, Sir Alex Ferguson sebelum bermula saingan musim ini. Namun, tahap tumpuan penyerang [...]

Tottenham mampu hancurkan impian Chelsea

SIR Alex Ferguson dan Arsene Wenger mengakui trofi Liga Perdana England kini bakal menjadi milik Chelsea, ketika skuad Carlo Ancelotti berkelebihan empat mata di tangga teratas, pada baki empat perlawanan terakhir. Namun, jika Chelsea mengidamkan kegemilangan buat pertama kali sejak 2006, mereka harus beraksi lebih baik di White Hart Lane hari [...]

Gelaran EPL makin hampir dalam dakapan Chelsea

KAPTEN The Blues, John Terry menyuarakan keyakinan pasukannya sudah bersedia mencipta sejarah merangkul gelaran berganda selepas menghampiri mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) ekoran kejayaan menewaskan Bolton 1-0 di Stamford Bridge, semalam. Chelsea yang menang menerusi jaringan tunggal hasil tandukan Nicolas Anelka minit ke-43 [...]

Impian Arsenal rangkul gelaran makin pudar

HAJAT Arsene Wenger untuk menamatkan kemarau Kejuaraan Liga Perdana Inggeris semakin pudar apabila Arsenal kecundang 1-2 di tangan pasukan yang memburu tiket ke Eropah, Tottenham Hotspurs di White Hart Lane, awal pagi tadi. Kekalahan itu sekali gus meletakkan barisan bimbingan jurulatih dari Perancis itu dalam laluan sukar untuk memburu [...]

Kejuaraan EPL di tangan Chelsea

Sorotan EPL TIDAK keterlaluan memperkatakan, penyokong setia Blues mungkin sudah berkira-kira melihat pasukan kesayangan mereka, Chelsea akan merangkul kejuaraan Liga Perdana England dan melengkapkan kejayaan berganda pada perlawanan akhir Piala FA bertemu Portsmouth, 15 Mei ini. Empat perlawanan dengan 12 mata sahaja menjadi buruan, [...]

Chelsea kekal rentak, selesa 4 mata atasi MU

JARINGAN tunggal penyerang Perancis, Nicolas Anelka sudah cukup buat Chelsea untuk menjarakkan jurang dengan musuh ketat, Manchester United kepada empat mata selepas menewaskan Bolton Wanderers 1-0, dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Anelka menjaringkan gol tunggal perlawanan itu, dua minit sebelum separuh [...]

Blackburn ikat MU tanpa jaringan

MANCHESTER United kini semakin tertekan dalam usaha mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Blackburn Rovers dalam aksi di Ewood Park, malam ini. Dengan musuh ketatnya, Chelsea tidak beraksi kerana bertembung dengan jadual Piala FA, Manchester United mampu melonjak ke tangga teratas liga jika [...]

United perlu menang baki perlawanan

MANCHESTER United yang akan berkunjung ke Blackburn hari ini, akur kemenangan penuh baki perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini belum mencukupi untuk mengatasi pendahulu, Chelsea. United berpeluang memintas pasukan kendalian Carlo Ancelotti dengan kelebihan satu mata, tetapi ia bersifat sementara kerana Chelsea tidak terbabit dalam [...]
Page 1 of 212
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.