KAPTEN England, Frank Lampard memuji corak persembahan yang ditunjukkan oleh rakan sepasukannya selepas menewaskan juara Dunia dan Eropah, Sepanyol dan menyifatkan ia sebagai saat yang paling bermakna dalam kariernya.
Pada perlawanan itu, Lampard menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-49 selepas tandukan dari Darren Bent yang terkena tiang gol.
Sebelum ini, Lampard pernah menikmati banyak perlawanan besar sepanjang bermain di Chelsea, tetapi sekadar beraksi hambar bagi perlawanan antarabangsa.
- Video: England 1-0 Sepanyol
Walaupun Lampard pernah merasai kejayaan kelabnya di Liga Perdana England, Piala FA dan Piala Liga sepanjang berada di Stamford Bridge, tetapi kejayaan bersama pasukan England sering dicemari kegagalan terutamanya dalam kejohanan-kejohanan utama.
Lampard telah dilantik menjadi ketua pasukan selepas rakan sepasukannya, John Terry direhatkan Capello ekoran tuduhan perkauman melibatkan pemain pertahanan itu.
“Telah banyak perkara yang membanggakan telah saya kecapi,” kata Lampard.
“Chelsea pernah memenangi liga buat kali pertama tetapi mengetuai England dan menghasilkan gol kemenangan menentang juara Dunia. Ia adalah sesuatu yang perlu diingati.
“Ia merupakan satu perasaan yang menakjubkan untuk menjadi kapten pasukan ketika di padang. Semua ahli keluarga dan rakan-rakan ada di sini. Saya sangat gembira.
“Ia merupakan gol hebat bagi saya. Secara peribadi ia merupakan perlawanan besar. Saya akan menyimpan lilitan kapten tersebut. Saya amat berbangga memilikinya,” ujarnya.
Leave a Reply: