Manchester City ekori The Blues 4 mata di belakang
DIDIER Drogba meneruskan rekod jaringan cemerlangnya ke atas Arsenal selepas membantu Chelsea menundukkan Arsneal 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan Chelsea selesa di tangga teratas liga dengan kelebihan empat mengatasi pencabar terdekat, Manchester City yang menewaskan Newcastle 2-1 di Eastlands. [LIHAT CARTA EPL]
Dalam aksi menentang Arsenal, Drogba memecah kebuntuan pada minit ke-39 untuk gol ke-13 dalam 13 pertemuan dengan seteru jiran itu sebelum Alex menyempurnakan kejayaan itu lima minit sebelum permainan tamat dengan sepakan percuma kencang yang terus menerjah ke gawang The Gunners.
Arsenal menguasai sebahagian besar permainan tetapi tidak mampu memecahkan keampuhan benteng Chelsea.
Pasukan bimbingan Carlo Ancelotti itu bernasib baik pada 60 saat pertama apabila Arsenal memulakan langkah dengan yakin dengan mencipta dua peluang terbuka.
Marouane Chamakh gagal mempamerkan sengatnya apabila terlepas beberapa peluang terutamanya menerusi tandukan.
Chelsea sebaliknya lebih banyak bergantung kepada serangan balas tetapi sudah cukup untuk mengancam kubu lawan yang banyak mengawal bola.
Dalam keasyikan mengatur serangan, Chelsea kembali menghantui Arsenal apabila menjaringkan gol enam minit sebelum tamat masa pertama. Gerakan gol tumit itu hasil umpanan bekas bintang The Gunners sendiri, Ashley Cole.
Sungguhpun begitu, tumpuan Arsenal tidak terjejas tapi terus gagal memecah kebuntuan gol.
Anelka mungkin dapat menambah kelebihan buat pasukannya tatkala pemain pertahanan cuba membantu bahagian atas dan kesilapan Koscielny yang menjatuhkan Anelka membawa padah apabila Chelsea dihadiahkan sepakan percuma. Alex melepaskan tendangan padu dari jarak 30 ela untuk menamatkan sisa perjuangan The Gunners menerusi rembatan deras pada minit ke-85.
Leave a Reply: