PEMAIN tengah, Tim Cahill berjaya meletakkan Everton ke pusingan keempat Piala FA apabila menjaringkan gol ke-50 peribadi ketika menumpaskan Carlisle, 3-1 kelmarin.
Bagaimanapun, perlawanan di Goodison Park itu menyaksikan pasukan David Moyes terpaksa bergelut untuk menentang lawan dari Liga Satu, selepas Kevan Hurst menggagalkan percubaan jaringan pembukaan James Vaughan untuk pasukan tuan rumah.
Cahill, yang membuat kemunculan ke-192, berjaya meledakkan gol buat Toffees. Harapan Carlisle untuk bangkit berakhir apabila Leighton Baines menjaringkan gol menerusi penalti pada babak akhir perlawanan.
Carlisle, yang dilihat tidak gentar dengan pasukan lawan, ditambah dengan sokongan penuh 6,000 penyokong yang datang memenuhi Merseyside, namun gagal menunjukkan prestasi yang membanggakan.
Mereka memulakan permainan dengan aksi hambar, apabila kesilapan Adam Clayton membuat hantaran belakang menyebabkan Vaughan berpeluang memperdayakan penjaga gol, Adam Collin untuk meletakkan bola ke gawang yang kosong.
Meskipun begitu, Calisle bangkit apabila Clayton menebus kesilapan .
Dia membuat hantaran jauh yang menyebabkan penjaga gol Tim Howard menolak keluar bola kepada Hurst, yang kemudiannya mengambil peluang itu untuk menjaringkan gol.
Vaughan pula beranggapan telah berjaya meletakkan Everton di hadapan apabila dia membuat jaringan selepas menyambut tendangan Cahill, namun jaringan tersebut dibatalkan kerana ofsaid.
Bagaimanapun, pemain muda yang baru sahaja kembali beraksi daripada kecederaan itu, berjaya mengambil peluang daripada tendangan silang Bainess untuk menjaringkan gol.
Carlisle pula dilihat enggan mengaku kalah, apabila pasukan tuan rumah itu, menerusi ketua pasukannya Danny Livesey berjaya mencemaskan lawan dengan percubaan daripada jarak dekat.
Everton dilihat kehabisan idea namun, sejurus minit ke-82 mereka kembali menguasai perlawanan.
Pemain pertahanan, Seamus Coleman yang dimasukkan sebagai pengganti, berjaya memperdayakan dua pemain sebelum membuat hantaran silang kepada Diniyar Bilyaletdinov yang menandukkan bola ke dalam gawang.
Cahill kembali membantu perlawanan apabila dia membuat satu lagi jaringan yang menewaskan Collin
Jaringan penalti pada separuh masa kecederaan dilakukan Baines selepas Collin mengasari pemain ganti Keiran Agard berjaya meletakkan Everton dalam pusingan keempat.
Leave a Reply: