PENGURUS Liverpool membidas kenyataan yang mendakwanya sebagai tidak berpengalaman untuk menerajui kelab seperti The Reds.
Liverpool yang bermula hambar, sekadar menang satu perlawanan daripada enam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak musim bermula.
Malah, pasukan itu turut tewas mengejut kepada kelab bawahan Northampton Town pada perlawanan Piala Liga.
Namun kemenangan Everton, 2-0 kepada Birmingham City mengundang padah buat pasukan kendalian Hodgson yang terus tergelincir ke zon penyingkiran.
Merujuk kepada perlawanan menentang Blackpool, strategi jurulatih Hodgson dipersoalkan malah pendekatan yang dilakukan juga tidak sesuai.
“Apa yang anda maksudkan dengan kaedah yang saya guna pakai. Saya sudah menggunakan ketika bertugas di Halmsteds, Malmo. Kemudian di Orebo, Neuchatel Xamax dan akhir sekali bersama skuad kebangsaan Switzerland.
”Kenyataan ini sangat menghina hanya kerana saya berhijrah dari satu kelab ke kelab lain. Saya sudah menggunakan kaedah sama hampir 35 tahun.
“Perkara ini seolah-olah menjadikan saya sebagai jurulatih yang dihormati yang tidak melakukan apa-apa dan ini sukar dipercayai.
“Pengalaman adalah kualiti paling penting bagi setiap pengurus. Kami ada kerja yang perlu dibuat dan kami tahu apa yang harus dilakukan,” katanya.
Malah Hodgson menyifatkan wartawan hanya menilai daripada nama berbanding persembahan pemain itu sendiri.
”Keputusan yang kami perolehi ini boleh dianggap sebagai mimpi buruk kerana tewas dengan pasukan yang tidak kami jangkakan saingan sengit sebegini bagaimanapun Blackpool berhak untuk menang kerana usaha mereka,” tambah Hodgson.
Leave a Reply: