HAJAT Arsene Wenger untuk menamatkan kemarau Kejuaraan Liga Perdana Inggeris semakin pudar apabila Arsenal kecundang 1-2 di tangan pasukan yang memburu tiket ke Eropah, Tottenham Hotspurs di White Hart Lane, awal pagi tadi.
Kekalahan itu sekali gus meletakkan barisan bimbingan jurulatih dari Perancis itu dalam laluan sukar untuk memburu gelaran EPL yang kali terakhir dimenangi pada musim 2003/04.
Dua gol tuan rumah diperoleh menerusi Danny Rose untuk gol pembukaan hanya 10 minit selepas sepak mula, manakala Gareth Bale menjaringkan gol kemenangan Spurs kurang dua minit selepas babak kedua bersambung.
Nicklas Bendtner pula memperoleh gol tunggal Arsenal. Ia kemenangan pertama Tottenham dalam masa 11 tahun ke atas Arsenal di bawah kendalian Arsene Wenger.
Kekalahan itu meletakkan Arsenal kekal di tempat ketiga dengan enam mata pemisah daripada penduhulu liga, Chelsea dan dua mata di bawah Manchester United.
Keputusan lain, Aston Villa berjaya mengikat Everton 2-2, manakala Wigan dan Portsmouth pula seri tanpa jaringan.
Leave a Reply: