Newcastle kembali ke kancah EPL

April 21st 2010 | Posted by admin

NEWCASTLE United memastikan gelaran Liga Kejuaraan kelmarin selepas mencatat kemenangan 2-0 di Plymouth Argyle, sekali gus memastikan tempat ke liga elit musim depan.

Jaringan babak pertama daripada Andy Carroll dan Wayne Routledge mengesahkan kejuaraan selepas barisan kendalian Chris Hughton itu memastikan kepulangan semula dalam Liga Perdana Inggeris berikutan kemenangan 2-1 di gelanggang Sheffield United, dua minggu lalu.

Hughton yang melepaskan jawatan tetap selepas diberi tugas sementara sebagai penolong jurulatih, melihat anak buahnya melonjak ke tangga teratas dengan 98 mata daripada 44 perlawanan - sembilan maya di depan pasukan tangga kedua, West Bromwich Albion, yang akan mengiringi pasukan kolokan Magpies itu ke EPL musim depan. “Buat pertama kali, barulah kami memikirkan untuk menjuarainya. Kami adalah pasukan sasaran sepanjang musim ini,” kata Hughton.

“Tidak terkata rasa bangga saya terhadap pemain,” kata Hughton yang memuji kekuatan mental anak buahnya dan kemampuan mereka mengejar kemenangan walaupun di bawah tekanan.

“Kami berada di atas sebagai juara dan ini cukup menggembirakan,” kata pemain tengah dan penjaring Kevin Nolan.

Nolan menambah ‘kami mempunyai musim yang cukup hebat menanti di Liga Perdana dan tidak sabar menunggunya’ tatkala beberapa pemerhati turut mencadangkan mereka memerlukan perubahan radikal untuk lebih maju.

Pasukan tangga ketiga terpaksa menghadapi pertarungan playoff - dengan ganjaran bernilai berjuta pound menanti pemenangnya - di antara Nottingham Forest, Cardiff, Leicester dan Swansea yang ketika ini berebut tempat untuk menempah perlawanan itu di Wembley.

Related Posts

Manchester City terus ekori Chelsea

ADAM Johnson menjaringkan gol pada babak kedua untuk Manchester City menang 2-1 menentang Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Eastlands malam tadi. Johnson yang dimasukkan pada separuh masa kedua menjaringkan gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-75. Sebelum itu, City membuka jaringan seawal minit ke-18 menerusi ketua [...]

Newcastle cipta kejutan

Andy Caroll mencatatkan hatrik bagi membantu Newcastle membenam Aston Villa 6-0 di St James' Park. Newcastle yang dibimbing oleh Chris Hughton mencatatkan kemenangan pertama sejak melangkah ke Liga Perdana Inggeris dari Championship musim lepas. Pendatang baru itu mengambil peluang dari kegagalan pemain Aston Villa, John Carew menyempurna [...]

Newcastle dahului Aston Villa 3-0

UPDATE: Newcastle 6-0 Aston Villa KEGAGALAN penyerang Aston Villa, John Carew menyempurnakan sepakan penalti mengundang padah apabila Newcastle segera mengambil peluang dengan menyumbat tiga gol tanpa balas pada babak pertama aksi Liga Perdana Inggeris di St James Park malam ini. Penjaga gol tuan rumah, Steve Harper menjatuhkan Ashley Young [...]

Manchester United langkah bergaya

DIMITAR Berbatov, Darren Fletcher dan Ryan Giggs menjaringkan gol bagi membolehkan Manchester United memulakan kempen Liga Perdana England dengan kemenangan 3-0 ke atas Newcastle, awal pagi tadi. United begitu selesa mengambil peluang ke atas juara Liga Kejuaraan musim lalu dengan menguasai sebahagian besar perlawanan, biar pun ia merupakan [...]

Manchester United 3-0 Newcastle

BARISAN PEMAIN Manchester United: Edwin Van der Sar, Jonny Evans, Nemanja Vidic, Patrice Evra (Rafael Da Silva 87'), John O'Shea, Paul Scholes, Darren Fletcher, Nani (Ryan Giggs 71'), Antonio Valencia, Dimitar Berbatov, Wayne Rooney (Javier Hernandez 63'). Newcastle United: Steve Harper, Fabricio Coloccini, Michael Williamsson, Jose [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.