Arshavin mula bosan di Emirates

November 16th 2011 | Posted by admin
  • Wenger keras kepala - Andrey Arshavin

ANDREY Arshavin mendakwa pengurus Arsenal, Arsene Wenger enggan mendengar nasihat daripada sesiapa pun di kelab itu.

Arshavin yang dibeli Gunners pada harga rekod 15 juta pound (RM75.3 juta) berkata apabila pemain menghadapi masalah, beliau sentiasa memberi sokongan.

“Tetapi apabila ia membabitkan Arsenal, tiada siapa yang berani mendekatinya dengan soalan mengenai bola sepak atau cadangan untuk memperbaiki keadaan.

Semua orang tahu apa jawapannya,” katanya.

Arshavin tidak pernah takut menyuarakan pandangan terhadap kelab lamanya, Zenit St Petersburg.

Begitupun, dia menegaskan tidak akan bertikam lidah dengan pengurus Stadium Emirates, Wenger.

“Beliau biasanya senyum tanda faham tetapi sebenarnya mempunyai idea tersendiri,” katanya.

Arshavin yang juga kapten skuad Russia, kini kerap diletakkan di bangku simpanan Gunners apabila hanya tampil dua kali daripada 19 perlawanan musim ini sebagai kesebelasan utama.

Dia biasanya menggantikan pemain atau dibawa masuk dalam 13 perlawanan malah khidmatnya sebagai pemain simpanan tidak pernah digunakan dalam tiga perlawanan.

Dia beraksi dalam perlawanan sepenuhnya ketika dibelasah 2-8 oleh Manchester United dan perlawanan pusingan keempat Piala Liga yang menyaksikan mereka menang 2-1 ke atas Bolton di mana dia menjaringkan gol penyamaan pada separuh masa kedua.

Malah pemain berusia 30 tahun itu mendedahkan rasa kecewanya kerana dipinggirkan.

“Lebih baik saya beraksi sepanjang masa di Zenit daripada duduk di bangku simpanan.

“Saya masih mahu bermain. Jika anda seorang pemain bola sepak, anda mahu berada di padang, tidak kira sama ada anda berusia 18 atau 35 tahun.

“Kadang kala saya turun ke padang dan sedar, betapa baik pun saya bermain, saya akan tetap digantikan pada minit ke-70.

“Kadang kala anda duduk di bangku dengan penuh yakin bahawa anda akan dibawa masuk pada minit ke-65.”

Arshavin tiba dari Zenit pada Februari 2009 dan membolot semua gol Arsenal sewaktu seri 4-4 menentang Liverpool pada April tahun itu.

Begitupun dia hanya menjaringkan dua gol musim ini dan mencipta satu peluang gol untuk pasukan.

Wenger sebaliknya lebih memilih bintang England, Theo Walcott dan penyerang Ivory Coast, Gervinho untuk saingan musim ini.

Arshavin yang kini mulai bosan juga tidak berpeluang untuk mengisi posisi tengah apabila Mikel Arteta, Aaron Ramsey dan Alex Song menggalas tugas itu buat Gunners.

Sebelum musim ini, Arshavin biasanya menjadi pilihan utama apabila turun sebagai kesebelasan utama dalam 25 perlawanan dan menjadi pemain gantian dalam lima perlawanan pada musim 2009/10.

Musim lalu, dia diletakkan sebagai skuad utama dalam 25 perlawanan dan 12 lagi sebagai pemain gantian.

“Ketika ini, Wenger lebih mempercayai Walcott dan Gervinho. Sebelum musim ini, saya jarang digunakan sebagai pemain simpanan.”

Kontrak Arshavin bakal berakhir pada Jun 2013 dan dikatakan bakal kembali ke negaranya dengan Zenit dan Anzhi Makhachkala berminat mendapatkannya.

Related Posts

Masa sesuai Persie tinggalkan Arsenal

BEKAS pemain Arsenal, Cecs Fabregas, memberi amaran kepada Robin van Persie bahawa sekarang adalah masanya sekiranya mahu meninggalkan Arsenal. Teka teki mengenai masa depan van Persie bersama The Gunners menimbulkan tanda tanya apabila kapten Arsenal itu dilaporkan menangguhkan perbincangan untuk menandatangani kontrak baharu sehingga [...]

Chelsea terlalu hebat buat Arsenal

Manchester City ekori The Blues 4 mata di belakang DIDIER Drogba meneruskan rekod jaringan cemerlangnya ke atas Arsenal selepas membantu Chelsea menundukkan Arsneal 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge malam tadi. Kemenangan itu membolehkan Chelsea selesa di tangga teratas liga dengan kelebihan empat mengatasi pencabar [...]

Arsenal 2-3 West Bromwich

ARSENAL menerima tamparan hebat dalam usaha merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea apabila tewas mengejut 2-3 kepada West Bromwich di Stadium Emirates sebentar tadi. Sekali pun beraksi di gelanggang sendiri, Arsenal ketinggalan 3-0 ketika perlawanan berbaki 20 minit untuk tamat. Arsenal bangkit dengan [...]

Blackburn 1-2 Arsenal

DUA gol jaringan Theo Walcott dan Andrei Arshavin membantu Arsenal menewaskan Blackburn 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Ewood Park, sebentar tadi. Buat sementara waktu Arsenal kini memimpin carta liga dengan kelebihan satu mata mengatasi juara bertahan, Chelsea yang beraksi menentang Stoke City di Stamford Bridge malam ini. Jika The [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.