CHELSEA menamatkan penguasaan Manchester United selama tiga musim untuk merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris musim 2009/2010 selepas membelasah Wigan 8-0 pada perlawanan terakhir liga di Stamford Bridge awal pagi ini.
Lebih manis penyerang The Blues, Didier Drogba merangkul anugerah penjaring terbanyak EPL musim ini selepas kejayaan meledak hatrik dalam perlawanan berkenaan, sekali gus mengetepikan penyerang United, Wayne Rooney.
Skuad The Blues turut memecah rekod jaringan gol terbanyak dalam satu musim dengan catatan 103 gol.
Kemenangan Chelsea di Stamford Bridge bermakna kejayaan Manchester United mengatasi Stoke City 4-0 di Old Trafford tidak memberi apa erti buat juara bertahan itu.
KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN (FINAL)
LIHAT CARTA TERKINI EPL (FINAL)
SENARAI TOP PENJARING GOL EPL 2009/2010
One Response to “Chelsea juara EPL 2009/2010”
bro..laman web hang memang sangat bagus…. tapi aku rasa berita2 yang dah lama tak perlu di publish pada Homepage… nampak macasm dah lama tak edit… sekadar beri cadangan…
Leave a Reply: