PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson perlu berterima kasih kepada Dimitar Berbatov apabila penyerang Bulgaria menyumbat tiga gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool di Old Trafford, sebentar tadi.
Pada satu ketika, kedua-dua pasukan mungkin menamatkan perlawanan dengan keputusan seimbang 2-2, namun tandukan Berbatov enam minit sebelum masa sebenar tamat memastikan United membolot semua tiga mata untuk terus kekal di tangga ketiga carta EPL.
United mengumpul 11 mata selepas mengharungi lima perlawanan, jumlah mata yang sama dipungut pasukan tangga kedua, Arsenal yang mempunyai kelebihan jaringan gol..
Leave a Reply: