JARINGAN tunggal penyerang Perancis, Nicolas Anelka sudah cukup buat Chelsea untuk menjarakkan jurang dengan musuh ketat, Manchester United kepada empat mata selepas menewaskan Bolton Wanderers 1-0, dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Anelka menjaringkan gol tunggal perlawanan itu, dua minit sebelum separuh masa pertama tamat sekali gus mengekalkan rentak kemenangan The Blues yang kini dalam pemburuan mahkota EPL selepas penguasaan barisan bimbingan Alex Ferguson selama tiga musim berturut-turut.
Kini pasukan bimbingan Carlo Ancelotti itu mempunyai kelebihan empat masa di depan United yang masing-masing kini mempunyai empat perlawanan berbaki untuk menamatkan saingan musim ini.
Arsenal kini berada di tempat ketiga, dijangka memintas United sekiranya berjaya menumpaskan Tottenham Hotspur, awal pagi esok di White Hart Lane.
Manakala Spurs turut memburu kemenangan selepas tersingkir di peringkat separuh akhir Piala FA kepada Portsmouth, selain turut bersaing memburu slot terakhir ke Liga Juara Eropah musim depan.
Manchester City berada di tangga keempat dengan 62 mata, manakala Spurs empat mata di belakang dengan kelebihan satu perlawanan menentang Arsenal pagi esok.
Leave a Reply: