Sunday, 26/09/2010

Sathianathan pantau kecergasan pemain Kelantan

Published on August 16, 2010 by admin   ·   No Comments

SELEPAS saingan Liga Super melabuhkan tirainya dua minggu lalu, ketua jurulatih Kelantan, B Sathianathan terus melakukan persiapan bagi menghadapi kempen Piala Malaysia.

Sathianathan berkata, anak-anak buahnya telah diberikan ‘kerja rumah’ walaupun sebahagian daripada mereka kini sedang mengerjakan umrah di Mekah selama dua minggu.

“Kerja rumah yang diberikan itu bertujuan untuk memastikan tahap kecergasan pemain berada ditahap sebenar seperti yang kita kehendaki.

“Saya tidak mahu tahap kecergasan mereka menurun dan berharap mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya agar ia berjalan dengan lancar,” katanya.

Sathianathan menambah, bagi pemain yang tidak mengikuti rombongan umrah itu, ‘kerja rumah’ mereka akan dipantau sendiri oleh beliau.

“Pemain-pemain yang mengerjakan umrah pula, kerja rumah mereka akan di pantau oleh pembantu saya, Hashim Mustafa dan Sidik Samsudin.

Sathianathan memberitahu, sebaik sahaja pemain pulang dari mengerjakan umrah, beliau akan mengadakan sesi latihan berserta dengan ujian kecergasan.

“Latihan akan bermula pada 20 Ogos ini dan sehari selepas itu, saya akan adakan ujian kecergasan kepada semua pemain.

“Ujian ini penting sebagai langkah awal untuk memastikan tahap kecergasan para pemain tidak menurun,” ujarnya.

Pada kempen Piala Malaysia musim ini, Kelantan yang muncul naib juara musim lalu diundi dalam Kumpulan A bersama penyandang juara, Negeri Sembilan serta dua pasukan kelab, KL Plus dan PKNS FC.

Tags: , , ,

Readers Comments (0)




Join Sokernet.com @ Facebook

Berita Berkaitan

Berita Terkini

Hak Cipta © 2010 Sokernet.com | Portal Bola Sepak Terunggul Di Malaysia.