SABAH mengiringi Felda United ke Liga Super musim depan selepas menundukkan Pos Malaysia 1-0 pada saingan Liga Perdana malam ini.
Kemenangan tersebut membolehkan Sabah memungut 48 mata dan berada di tangga kedua di belakang Felda United, tatkala saingannya, PKNS tewas kepada Harimau Muda 1-2 di tempat sendiri.
Sebelum ini, Felda United yang hanya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Angkatan Tentera malam ini, telah menempah tiket ke Liga Super selaku juara Liga Perdana.
Sementara itu, dua pasukan tercorot Shahzan Muda dan Melaka tersingkir dari Liga Perdana selepas kedua-dua pasukan itu mengalami kekalahan besar malam ini.
Shahzan Muda tewas di tangan USM FC 4-1 manakala Melaka pula dibelasah Sarawak 1-6 di gelanggang sendiri.
Berikut keputusan penuh perlawanan Liga Perdana malam ini:
Pos Malaysia 0 Sabah 1
PKNS 1 Harimau Muda 2
Felda United 0 ATM 0
USM FC 4 Shahzan Muda 1
Melaka 1 Sarawak 6
PDRM 8 MP Muar 0
Tags: Felda United, Liga Malaysia, Liga Perdana, Liga Super, Sabah