Home » Posts tagged with » Pemain Import (Page 3)

\ \ \ \ \ \ \ \

Pertahanan import dari Slovakia perkukuh benteng Negeri Sembilan

Negeri Sembilan vs PKNS FC Liga Super 14 Februari 2012 Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi NEGERI Sembilan mendapat khidmat pemain import dari Slovakia, Marian Farbak yang akan diletakkan beraksi di bahagian pertahanan tengah. “Pemain berumur 29 tahun ini pernah beraksi di kelab Divisyen 1 Slovakia dan kelab terakhir yang diwakilinya adalah Tatran Presov. Dia mempunyai […]

\ \ \ \

PAFA bincang prestasi Popovic, Kubala

Popovic gagal jaring gol dalam lima perlawanan Liga Super NASIB dua pemain import Perak, Lazar Popovic dan Michal Kubala akan diketahui sebelum 13 Februari ini. Pengurus Perak, Khairul Azwan Harun menjelaskan, Jawatankuasa Pengurusan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan bermesyuarat bagi membincangkan kedudukan Popovic dan Kubala bersama skuad Seladang musim ini. Bagaimanapun, Khairul Azwan tidak […]

\ \

Tamatkan kontrak pemain import tidak berkualiti

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menggesa semua persatuan bola sepak negeri (FA) dan kelab memecat mana-mana pemain import yang tidak berkualiti. Baginda berkata, tindakan itu bagi mengelak kerugian masa dan wang, malah ia wajar kerana kehadiran­ pemain import bertujuan untuk meningkatkan kualiti permainan bola sepak negara. “Daripada kita […]

\ \

Silap diri sendiri pemain import kurang menyerlah

KEHADIRAN pemain import dalam Liga Malaysia musim ini masih belum menampakkan kesan sebenar biarpun saingan Liga Malaysia 2012 sudah memasuki perlawanan keempat. Ketika ramai peminat bola sepak tempatan mengharapkan aksi lebih sengit dan mencabar musim ini, namun kehadiran awang import nampaknnya masih belum memberikan kesan yang kuat untuk mewarnai liga tempatan kali ini. Apa tidaknya, […]

\ \ \ \ \ \ \

Awang import angkat kaki lebih awal

Effa Owona antara pemain import yang berjaya menepati status mereka Pemain import gagal pamer aksi diharapkan SAINGAN Liga-M 2012 baru masuk minggu ketiga, namun beberapa ‘awang import’ dijangka mengucapkan selamat tinggal lebih awal menjelang tarikh akhir pendaftaran pemain import baru yang dilanjutkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga 13 Februari ini. Ini kerana pembelian yang […]

\ \ \

Kontrak Mbele dijangka tamat lebih awal

Aksi Lelo Mbele gagal tepati jangkaan KHIDMAT bintang import dari Congo, Lelo Mbele dijangka ditamatkan lebih awal selepas jurulatih Selangor, Irfan Bakti, mendapati persembahan pemain berumur 24 tahun itu gagal menepati jangkaan. Irfan mendedahkan, Mbele sudah pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan paha kiri namun kecederaan lama yang dialami pemain itu banyak mengganggu persembahannya sehingga tidak […]

\ \ \ \ \

Yunus berang Simukonda gagal pamer aksi diharapkan

JURULATIH T-Team, Yunus Alif nyata geram dengan prestasi penyerang importnya, Zacharia Simukonda yang gagal mempamerkan aksi bermutu ketika pertemuan dengan Sabah di laman sendiri, malam kelmarin. Menurut Yunus, pemain itu sepatutnya menjadi contoh kepada pemain lain untuk meningkatkan prestasi pasukan tetapi pemain dari Liberia itu jelas gagal menunjukkan tahap permainan yang dikehendaki. “Bukan hanya dalam […]

\ \ \ \ \

FAM lanjut daftar pemain import hingga 13 Februari

MESYUARAT Tergempar Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM petang ini membuat keputusan untuk melanjutkan pendaftaran semua pemain import sehingga 13 Februari 2012. FAM telah mengadakan mesyuarat tergempar JKPT pada petang ini berhubung dengan isu pemain import Terengganu di Wisma FAM. Minggu ini hangat diperkatakan tentang PBSNT dengan FAM yang bertikam lidah tentang pendaftaran pemain import Terengganu […]

\ \ \ \ \ \

Azzuddin minta MB Terengganu bertenang

FAM buat keputusan isu pemain import petang ini “SAYA minta semua pihak tenang dan bersabar,” kata Datuk Azzuddin Ahmad sebagai mengulas isu tindakan drastik Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mahu menyaman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Setiausaha Agung badan induk itu menambah Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM akan mengadakan satu mesyuarat khas, hari […]

\ \ \ \ \

PBSNT vs FAM: Usah rosakkan bola sepak Malaysia

SUKAN pun nampaknya sudah macam gelanggang politik.Semangat kesukanan sudah tidak begitu diamalkan.Kadang-kadang, budi bicara boleh diguna pakai untuk menyelesaikan sebarang kekeliruan dan bukan terus-terusan ‘berbalas serangan’. Jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tersilap kenyataan dalam surat pekeliling kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengenai status pemain import, ia perlu diselesaikan dengan cara yang berhemah. […]

\ \ \ \ \

FAM disaran bincang secara baik dengan PBSNT

Kemeriahan Liga M, Piala Malaysia akan pudar tanpa penyertaan Terengganu PERSATUAN Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu berbincang semula bagi menyelesaikan isu melibatkan pemain import yang melibatkan kedua-dua pihak, kata bekas pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar. Beliau berkata masalah itu perlu ditangani segera […]

\ \ \ \ \

Pemain Import: Terengganu mahu saman FAM

ISU surat pekeliling Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menjejaskan peluang Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengambil pemain import, semakin memuncak. Kali ini, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menyatakan kesal terhadap pendirian keras FAM yang dilihat seolah-olah menutup jalan penyelesaian sedangkan isu itu boleh diselesaikan dengan mudah. Semalam, Ahmad membuat kenyataan mewakili kerajaan […]

Page 3 of 41234