Awang import angkat kaki lebih awal
Effa Owona antara pemain import yang berjaya menepati status mereka
Pemain import gagal pamer aksi diharapkan
SAINGAN Liga-M 2012 baru masuk minggu ketiga, namun beberapa ‘awang import’ dijangka mengucapkan selamat tinggal lebih awal menjelang tarikh akhir pendaftaran pemain import baru yang dilanjutkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga 13 Februari ini.
Ini kerana pembelian yang boleh dianggap berbaloi dan menyerlah setakat ini, hanyalah Michal Kubala (Perak), Jean Emmanuel Effa Owona (Negeri Sembilan), Francis Forkey Doe (Terengganu), Ramez Dayoub (Selangor), Guy Bwele (Sarawak), Marlon Alex James (Tentera) dan Patrick Ronaldinho Wleh (Sime Darby).
Mengetuai senarai untuk ditamatkan kontrak lebih awal kerana prestasi hambar selepas empat perlawanan pastinya dua import Kedah dari Brazil, Danilo Rafael Dos Santos dan Daniel Soares Neves yang gagal menyumbang sebarang gol untuk membantu skuad kendalian Nizam Adzha Yusof itu selepas beraksi 360 minit.
Turut buntu, penyerang import Perak dari Serbia, Lazar Popovic yang belum meledak sebarang gol sedangkan empat gol skuad kendalian Norizan Bakar setakat ini dihasilkan Akmal Rizal Rakhli (2), Shahrom Kalam dan pemain tengah dari Slovakia, Kubala.
Nasib sama mungkin dialami dua penyerang yang tidak sempat pun diturunkan setakat ini - Lelo Mbele (Selangor) dan Kalle Sone (Sarawak), kerana masing-masing belum pulih daripada kecederaan.
Tiga penyerang lain - Danny Antwi (Kelantan), Zacharia Simukonda (T-Team) dan Nana Yaw (Pahang), biarpun meledak satu gol pada aksi Liga Super dan Liga Perdana setakat ini, masih dianggap tidak memadai dengan status mereka.
Kegagalan lapan pemain ini boleh dijadikan pengajaran buat persatuan negeri dan kelab supaya lebih berhati-hati ketika menandatangani pemain import baru menjelang 13 Februari ini atau pada jendela pendaftaran kedua, 2 hingga 16 April depan, supaya tidak menggunakan pendekatan ‘tangkap muat’ bagi mengelak ‘pisang berbuah dua kali’. — Berita Harian
January 25, 2012 - 10:38 am
kemon la..pendapat saya la kan..ni adalah permainan berpasukan..kenapa kita hanya pandang pada import sahaja untuk menyesuaikan diri..x semua player dapat sesuaikan diri dalam masa yang singkat.palyer tempatan juga mainkan peranan seperti hantaran,speed.jangan expect 2,3 perlawanan.contoh terbaik player berkelas dunia yang perform pada awal musim chicarito MU,1st season perform.tengok 2nd season merudum.kejayaan sesebuah pasukan bukan dalam jangkamasa yang singkat.Jangan jadi seperti Real Madrid yang hanya mementingkan kejayaan pantas berbanding barcelona yang melakukan pembangunan bola sepak akar umbi.sekadar berkongsi pendapat ringkas
January 25, 2012 - 11:34 am
semua team nmpknye berfokus kat pemain import.. dulu xde import boleh je main bola?
January 25, 2012 - 7:51 pm
sume team fokus pd pemain import sbb dorg xnk buat pembelian yg x bbaloi, baik gune je local player dr bli player import tp xbleh mnyumbang
January 25, 2012 - 10:44 am
Barcelona mmg pembangunan dari akar umbi.Seperti latihan jatuhkan bdn,berlakon dan pura2 injured.haha
January 25, 2012 - 10:49 am
semua kelab pn ade latihan yg macam tu..arsenal pn ade buat.
January 25, 2012 - 1:43 pm
nmpak sgt main bola tak jujur…hahaha
January 26, 2012 - 10:25 am
tu sume latihan smpingan.. barca tu sndiri pun da mmg gmpak..bdak2 die mmg d’latih brmain bola..
January 25, 2012 - 10:56 am
persatuan negeri/kelab yg salah kt sini…terburu-buru amik player import…pilih player import mcm pilih budak2 nk wakil main tuk sekolah…hnya brdasarkn 3@4 friendly game…kalo friendly game tu dorang perform trus amik…ntah ape2…bile main liga mula la merapu…patutnye persatuan negeri/kelab kena sediakn jawatan ‘scout’ yg tugas die hanye tuk menilai prestasi pemain import pd satu musim yg pnjg…bkn hanye pd 3@4 friendly game je…
January 25, 2012 - 10:58 am
yes salah satu sebab utama ni.scout penting untuk memantau secara berterusan.bukan hanya masa nk sign baru cari.
January 25, 2012 - 11:19 am
kena scamm……..
January 25, 2012 - 11:25 am
kena scamm….
January 25, 2012 - 11:31 am
kita juga perlu tahu bahawa pemain imp0rt bukannya mudah untuk menyesuaikan diri di tempat baru,, seperti yang kita lihat bagaimana mereka bermain di kelab asalnya,, bukannya sama dengan cara permainan disini.. berilah mereka peluang…
February 12, 2012 - 8:44 am
Assist pon penting jugak dalam bola sepak. kalau main rembat je sbb nk gol, lepastu ke laut apa guna. Sy cadangkn tgk kemampuan mereka dari aspek lain jugak. jgn terlalu bergantung kpd bilangan gol yg mereka lakukan. Kurang atau tiada gol yg disumbangkn tak bermakna x de kualiti, tp mungkin dari aspek assist dia bagus. kene bukak mata luas2 sikit.
February 12, 2012 - 8:46 am
Alamak silap letakla. sorry we mak kemey, patutnya tulisan wa atas ni kat line baru nye.