Silap diri sendiri pemain import kurang menyerlah
KEHADIRAN pemain import dalam Liga Malaysia musim ini masih belum menampakkan kesan sebenar biarpun saingan Liga Malaysia 2012 sudah memasuki perlawanan keempat.
Ketika ramai peminat bola sepak tempatan mengharapkan aksi lebih sengit dan mencabar musim ini, namun kehadiran awang import nampaknnya masih belum memberikan kesan yang kuat untuk mewarnai liga tempatan kali ini.
Apa tidaknya, mereka jelas gagal memperagakan tahap sebenar ataupun sekadar menyamai tahap pemain tempatan.
Semua ini sudah dibuktikan, pasukan yang tidak memiliki pemain import nampaknya masih mampu untuk bersaing dengan pasukan yang memiliki pemain import seperti Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan mahupun Kelantan yang disifatkan masih belum menyengat seperti diharapkan.
Sejauh mana pemain import memberi kesan kepada pasukan, setiap jurulatih memiliki pandangan tersendiri.
B Sathianathan
“Secara peribadi saya. Dalam aksi Kedah menentang Kelantan lalu, import Kedah nampak lebih teruk daripada pemain tempatan. Ini bukan silap FAM, ini silap pasukan sendiri,” kata jurulatih ATM, B Satianathan.
Azraai Khor Abdullah
Menurut Jurulatih Negeri Sembilan, Azrai Khor Abdullah pula, dia berkata: “Kita sebenarnya tidak dapat menilai pemain import secara menyeluruh kerana kesuntukan masa dan banyak batasan-batasannya,” katanya.
Pujian juga harus diberikan kepada Norshahrul Idlan Talaha yang menetapkan keazaman tidak sekali membenarkan mana-mana pemain import jadi penghalang untuk dia terus bersinar musim ini dengan setakat ini meledakkan empat gol. — Arena.MY
January 27, 2012 - 10:25 pm
Tahniah kepada Mat Yo kerana mampu bersaing dengan pemain import.Semoga terus cemerlang sepanjang liga.
January 28, 2012 - 2:35 pm
maknanya prestasi pemain kita da meningkat.