Home » Posts tagged with » Isu Rasuah Bola Sepak (Page 2)

\ \ \ \ \ \

Atur Perlawanan: FAM berang laporan akhbar Singapura

Sabah vs Lions XII di Stadium Likas Kota Kinabalu Akhbar Straits Times Singapura kaitkan pegawai FAM terlibat skandal atur perlawanan PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam ‘panas’ dengan laporan akhbar Straits Times Singapura yang mengaitkan pembabitan segelintir pegawai badan induk bola sepak tanah air itu dengan gejala mengatur perlawanan. Laporan berita dari negara jiran itu […]

\ \ \ \ \

Pegawai FAM disyaki terlibat atur perlawanan

KETUA Keselamatan FIFA Chris Eaton memberitahu The Straits Times bahawa terdapat pegawai FAM yang terlibat dalam pengaturan perlawanan. Apabila dihubungi pada hari Rabu, Timbalan Presiden Hamidin Amin enggan menamakan kelab atau pemain yang terlibat kerana siasatan masih dijalankan tetapi beliau percaya satu atau dua kelab Liga Super telah terlibat. Beliau berkata: “Ini berdasarkan bukti yang […]

\ \ \ \ \

Rasuah: Tiga pasukan utama Liga-M disiasat SPRM

Isu rasuah bola sepak Malaysia kembali bergema Belum pun reda isu rasuah melibatkan 11 pemain dan ketua jurulatih skuad Piala Presiden, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mendedahkan tiga pasukan Liga Malaysia kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung mengatur perlawanan musim ini. Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan FAM Tan Sri […]

\ \ \

FAM belum putuskan siar nama 18 pemain terlibat rasuah

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) belum pasti sama ada akan mendedahkan nama 18 pemain Piala Presiden yang terbabit dengan gejala rasuah kepada umum kerana ia bergantung kepada keputusan Presiden, Sultan Ahmad Shah. Perkara ini dimaklumkan Setiausaha Agung badan induk bola sepak tanah air itu, Datuk Azzuddin Ahmad. “Kami belum menetapkan lagi sama ada akan mengumumkan […]

\ \

Kes rasuah 18 pemain Piala Presiden memalukan

ISU pembabitan rasuah 18 pemain Piala Presiden dan seorang jurulatih bola sepak musim lepas adalah perkara yang amat memalukan, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Sambil mengalu-alukan langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mendedahkan perkara itu semalam, beliau turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) […]

\ \

FAM tiada kuasa siasat rasuah

Azzuddin respon gesaan Shahidan Kassim PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) bukan badan yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk memerangi gejala rasuah bola sepak di negara ini, kata Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad. Beliau sebaliknya berkata, skandal rasuah bola sepak adalah satu kesalahan jenayah dan ia adalah di bawah bidang kuasa siasatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan […]

\ \ \ \ \ \

Atur perlawanan: Shahidan gesa FAM siasat pembabitan bookie

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyiasat pembabitan bookie dalam kegiatan mengatur perlawanan membabitkan perlawanan liga di bawah persatuan itu secara menyeluruh. Shahidan berkata, gesaan itu dibuat berikutan terdapat seorang pemain pasukan Liga Perdana Perlis yang dipanggil Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini kerana […]

\ \ \ \ \ \

9 pemain Perlis diumpan RM900,000

Isu rasuah pemain bola sepak Perlis Bookie umpan RM100,000 seorang termasuk awang import Perlis tewas 2-7 kepada MP Muar aksi pembukaan Liga M SEMBILAN daripada 11 pemain bola sepak Perlis yang beraksi pada perlawanan pertama menentang Majlis Perbandaran Muar (MP Muar) 9 Januari lalu, dikatakan mengadakan pertemuan dengan seorang ejen bookie yang juga bekas pemain […]

\ \ \ \

Mohamed Hammam diharam seumur hidup

PRESIDEN Konfederasi Bolasepak Asia, Mohamed Hammam, diharamkan terbabit dengan sukan bola sepak seumur hidup selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah. Keputusan itu diputuskan selepas jawatankuasa etika FIFA mendengar bukti yang dikemukakan selama dua hari. “Secara rasmi Mohamed Hammam diharamkan terbabit dalam aktiviti bola sepak di peringkat kebangsaan atau antarabangsa seumur hidup,” kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa […]

\ \ \

Jurulatih Piala Presiden NS didakwa rasuah

Yusarman Yusof didakwa atas 21 pertuduhan mengatur perlawanan JURULATIH pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof, 35, didakwa atas 21 pertuduhan mengatur perlawanan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah memberi rasuah berjumlah RM24,900 kepada 11 pemain bola sepak pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan antara 19 hingga 22 […]

\ \ \ \ \

Isu rasuah: Pegawai Piala Presiden NS didakwa

Lebih ramai pemain mungkin terlibat atur keputusan perlawanan SEORANG pegawai skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan yang dipercayai mengatur perlawanan pada musim ini akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini. Sumber berkata, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pegawai yang digantung perkhidmatannya itu sudah selesai dan kertas siasatan diteliti Timbalan Pendakwa Raya […]

\ \

Pemain T-Team mengaku terima rasuah?

“Ada seorang pemain memiliki RM27,000 dalam akaunnya. Selepas didesak dia mengaku itu adalah imbuhan hasil mengatur perlawanan, kata seorang jurulatih pasukan T-Team mengenai rasuah dan mengatur perlawanan oleh pemain itu tahun lalu. - Harian Metro, 2 Jun 2011. ….. ….. Laporan Metro 2 Jun 2011

Page 2 of 3123