Mohamed Hammam diharam seumur hidup
PRESIDEN Konfederasi Bolasepak Asia, Mohamed Hammam, diharamkan terbabit dengan sukan bola sepak seumur hidup selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah.
Keputusan itu diputuskan selepas jawatankuasa etika FIFA mendengar bukti yang dikemukakan selama dua hari.
“Secara rasmi Mohamed Hammam diharamkan terbabit dalam aktiviti bola sepak di peringkat kebangsaan atau antarabangsa seumur hidup,” kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Etika, Petrus Damaseb, Sabtu (waktu tempatan). - AFP
July 24, 2011 - 8:20 pm
rasuah .. merosakkan pemain dan juga pengurus dalam dunia bola sepak ..