Home » Posts tagged with » Isu Rasuah Bola Sepak

Hukuman gantung ditarik balik

\ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \

Hukuman gantung ditarik balik

PERSATUAN Bola Sepak Perak (PAFA) menarik balik penggantungan tugas ketua jurulatih Perak, Mohd. Azraai Khor Abddullah serta seluruh pegawai pasukan itu berkuat kuasa serta-merta mulai semalam. Presiden PAFA, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, jawatankuasa khas siasatan dalaman yang ditubuhkan sebelum ini mengesahkan tiada elemen sabotaj membabitkan jurulatih, pegawai mahupun barisan pemain Perak. Bagaimanapun, Zainol Fadzi […]

Presiden FAM: Tunjukkan bukti jika betul ada rasuah

\ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \

Presiden FAM: Tunjukkan bukti jika betul ada rasuah

“JANGAN pandai cakap saja. Tunjukkan bukti sekali,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah berhubung dakwaan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini mendakwa ada pemain pasukan negeri itu yang terbabit dengan gejala rasuah. Sultan Ahmad Shah jelas kecewa apabila Shahidan hanya mengeluarkan kenyataan tapi tidak memberikan […]

\ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \

Kes rasuah: Shokri Nor menghilang diri?

Pengadil Shokri Nor, S Thana Segar gagal hadir bicara kes rasuah PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) telah dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura berhubung kegagalan Pengadil Shokri Nor dan bekas pemain kebangsaan hadir ke Mahkamah Daerah di Singapura bagi menghadiri perbicaran kes rasuah mengatur perlawanan Liga Super pada Selasa (7 Ogos). Shokri dan Thana Segar […]

\ \ \ \ \ \

Bekas jurulatih Piala Presiden NS dipenjara 25 tahun, denda RM200,000

Bekas ketua jurulatih skuad Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof dihukum penjara 15 bulan dan denda RM200,000 selepas didapati bersalah atas 20 tuduhan memberi rasuah berjumlah RM24,700 kepada para pemain skuad berkenaan bagi mengatur keputusan satu perlawanan bola sepak pada tahun lalu. Yusarman, 36, yang memakai kemeja putih kelihatan tenang semasa hukuman tersebut dijatuhkan hari […]

\ \ \ \ \ \

Bola Sepak Itali dipalit skandal rasuah, 19 individu ditahan

Jurulatih Juventus Antonio Conte antara individu dilapor terlibat skandal rasuah Liga Itali POLIS Itali sedang menyiasat skandal mengatur perlawanan bola sepak melibatkan jurulatih Juventus, Antonio Conte yang kini dalam siasatan dan turut menahan kapten Lazio, Stefano Mauri serta bekas pemain tengah Genoa, Omar Milanetto. Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak polis semalam, lima individu turut ditahan […]

\ \ \ \ \ \

Pasukan utara terlibat rasuah?

BERBAKI kurang 10 perlawanan dalam saingan Liga 2012, negara sekali lagi digemparkan dengan insiden ‘jijik’ bola sepak tempatan melibatkan rasuah yang kali ini membabitkan pengadil perlawanan. Enggan menuding jari mana-mana pihak, ia turut pernah membelenggu pemain negara pada tahun lalu membabitkan pasukan Piala Presiden, Negeri Sembilan dan T-Team yang digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak […]

\ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \

Shokri Nor pengadil pertama dituduh di mahkamah mengatur perlawanan

PENGADIL Malaysia, Shokri Nor merupakan pengadil pertama didakwa di mahkamah atas tuduhan mengatur perlawanan Liga Super. Shokri yang berasal dari Kedah ditahan anggota Biro Siasatan Amalan Rasuah Singapura (CPIB) sebelum bermulanya perlawanan Liga Super antara Lions XII dan Sarawak yang menyaksikan tuan rumah mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas pasukan bimbingan Robert Albert. Tempat Shokri dalam […]

\ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \

Kes Shokri Nor: FAM tunggu keputusan Mahkamah Singapura

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) akan menunggu keputusan perbicaraan pengadil Malaysia, Shokri Nor yang didakwa terlibat dalam kes mengatur perlawanan membabitkan Lions XII menentang Sarawak, Selasa lepas, sebelum mengambil sebarang tindakan. Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata badan induk bola sepak negara itu perlu menghormati undang-undang Singapura sebelum mengambil tindakan lanjut terhadap Shokri. […]

\ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \

Pengadil Shokri Nor, Thana Segar didakwa terima RM15,000 atur keputusan perlawanan Lions XII-Sarawak

SINGAPURA – Dua rakyat Malaysia telah didakwa di mahkamah hari ini kerana berkomplot untuk menetapkan keputusan perlawanan Liga Super Malaysia. Pengadil Shokri Nor, 47, didakwa bersubahat dengan bekas pemain bola sepak Thana Segar S Sinnaiah, 38, pada 19 Mei di bilik sebuah hotel di Pulau Pinang untuk menetapkan perlawanan yang dimainkan antara LionsXII dan Sarawak […]

\ \ \ \ \ \ \ \

SPRM teliti dakwaan anggota polis terlibat atur perlawanan Liga M

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti sekiranya wujud elemen rasuah berhubung dakwaan terdapat anggota polis terlibat dalam aktiviti ‘bookie’ bola sepak di Johor. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata aktiviti itu biasanya dilihat dari aspek perjudian dan bukannya rasuah. “Bookie bola sepak ini sebenarnya kadang-kadang melibatkan judi atau pertaruhan dan bukannya rasuah. “Perjudian […]

\ \ \ \ \

Rasuah bola sepak: FAM gesa FIFA mohon maaf

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menggesa Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) memohon maaf terhadap dakwaan tidak berasas bekas Ketua Pegawai Keselamatannya Chris Eaton yang mengaitkan FAM dengan kes mengatur perlawanan Liga Malaysia, baru-baru ini. Setiausaha Agung FAM Datuk Aizuddin Ahmad hari ini berkata gesaan itu dibuat Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah […]

\ \ \ \

Rasuah: Johor FC gantung enam pemain Piala Presiden

PENGURUSAN Kelab Johor FC hari ini menggantung enam pemain skuad Piala Presiden yang disyaki terbabit mengatur keputusan perlawanan dengan Perlis 17 Februari lalu. Perlawanan berkenaan dimenangi Johor FC 3-0. Enam pemain terbabit akan terus menjalani hukuman penggantungan sehingga siasatan pihak berkuasa selesai. Sepanjang tempoh penggantungan itu juga gaji semua pemain terlibat turut ditahan. Kes berkenaan […]

Page 1 of 3123