Lebih ramai pemain mungkin terlibat atur keputusan perlawanan

SEORANG pegawai skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan yang dipercayai mengatur perlawanan pada musim ini akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.

Sumber berkata, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pegawai yang digantung perkhidmatannya itu sudah selesai dan kertas siasatan diteliti Timbalan Pendakwa Raya SPRM.

“Mungkin petang esok (hari ini) dia didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah SPRM Terengganu, Yusoff Mohd Zain, berkata pihaknya belum menerima laporan kegiatan mengatur perlawanan membabitkan pasukan T-Team dan skuad Piala Presiden.

“Bagaimanapun kita harap kerjasama daripada orang ramai untuk membuat laporan jika ada maklumat mengenai kegiatan mengatur perlawanan membabitkan mana-mana pasukan,” tambahnya.

Sementara itu Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berpendapat gejala rasuah serta mengatur keputusan perlawanan bukan sahaja melibatkan pasukan Piala Presiden T-Team dan Negeri Sembilan, tetapi mungkin juga membabitkan lebih ramai pemain dalam pasukan berlainan yang tidak didedahkan sepanjang saingan Liga M berlangsung.

Main topics: Liga Malaysia

Sub topics: , , , , ,


Readers Comments (1)

  1. epul

    memang kena gantung dari bermain seumur hidup la nih..kesiannnnnnn

     Reply