Shokri Nor pengadil pertama dituduh di mahkamah mengatur perlawanan
PENGADIL Malaysia, Shokri Nor merupakan pengadil pertama didakwa di mahkamah atas tuduhan mengatur perlawanan Liga Super.
Shokri yang berasal dari Kedah ditahan anggota Biro Siasatan Amalan Rasuah Singapura (CPIB) sebelum bermulanya perlawanan Liga Super antara Lions XII dan Sarawak yang menyaksikan tuan rumah mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas pasukan bimbingan Robert Albert.
Tempat Shokri dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura itu diambil alih pengadil lain, Wan Mohd Tarmizi Wan Ibrahim.
Semalam, Shokri bersama seorang lagi rakyat Malaysia, Thana Segar Sinnaiah didakwa di mahkamah Singapura atas tuduhan mengatur keputusan perlawanan Liga Super antara Lions XII menentang Sarawak di republik itu pada Selasa lalu.
Shokri, 48, dan Thana, 38, yang merupakan seorang usahawan dituduh melakukan kesalahan itu pada 19 Mei lepas di sebuah bilik hotel di Pulau Pinang selepas mereka didakwa bersetuju menerima suapan RM15,000 setiap seorang.
Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin $50,000 (RM123,272) seorang sebelum kes itu disebut semula pada 31 Mei ini.
Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda sehingga $100,000 (RM246,537) atau lima tahun penjara atau kedua-duanya mengikut undang-undang Singapura.
May 25, 2012 - 11:14 am
Aku dh jangka dh menatang(pengadil) ni..smua game yg dia jd pengadil..smuanya mcm ada yg x kena..majoriti yg melibatkan team yg lwn singapore..gara2 nk kaya cepat..duit haram pun dh x peduli..
May 25, 2012 - 11:30 am
Fam pn satu hal,knpe gi jmput lions main dlm liga mlysia.semua dh tau singapore mmg trkenal sbgai negara judi trbesar di asia tnggara.mngkin dh bnyak yg diatur dlm prlwnan sblum ni.so ape tndakan Fam????sblm ni bila ada je pnyokong protes keptusan pngdil bt x tau je fam.klau pngrusan prtikai plk kena gantung.lu ingt lu punya pngadil tu mailakat ke fam?
May 28, 2012 - 3:46 am
tuh la,singapork main league smula,mulala ade rasuah balik.macam syial la.pastuh yg bongok,FAM tuh ha….cantas la singapork tuh kuar liga,sblm perkara lebih truk tjadi.tp syg,aku xrse FAM ni celik,sbb dari dulu memang buta tuli
May 25, 2012 - 3:00 pm
Amik ko Sokri!!!!
May 25, 2012 - 3:54 pm
Alahai..singapore pula yg dpt kesan pengadil rasuah..FAM pula byk backing pgadil..tu la..suruh siasat pengadil swak lwn lion 1st game d swak ari tu..FAM x nak..skrg apa jadi..byk org tonton live dlm astro swak kalah 1-0 gara2 penalti yg mragukn n corak gpgadilan berat sbelah..FAM..lu perlu tegas..game2 lain pun yg mlibatkn lions slalu je ada penalti kalau lion susah nak score..lwn KL pun ada..nasib diaorg seri 0-0..alahai
May 25, 2012 - 4:05 pm
kan betul aku ckp,mmg singapore ni bpk segala rasuah…
May 26, 2012 - 11:49 am
RAKAMAN VIDEO JELAS MENUNJUKKAN KEPUTUSAN PENGADIL MEBERIKAN PENALTI ADALAH TEPAT DAN BETUL.
MUNGKIN SAUDARA KETINGGALAN ZAMAN.
May 25, 2012 - 4:02 pm
FAM terlalu backing pengadil-pengadilnya. mana ada jurulatih, pengurusan persatuan, & org FAM sendiri berani persoal tindakn pengadil. tgkla nasib wan jamak sblm ni. adakh pengadil FAM ni ‘maksum’ danperfect? So, jd mcm ni bolehke SPR pula YG denda FAM??
May 25, 2012 - 5:50 pm
Pengadil ini juga yang telah menimbul banyak masalah pada perlawanan sebelum ini. Cuba semak semua game yang diadili oleh pengadil ini. Banyak keputusan yang boleh dipertikaikan. Bagus juga kalau dah ditangkap.
May 25, 2012 - 7:08 pm
ok kito bermula selepas m’sia juara piala AFF. s’pore ingin menyertai LM semula, kenapa? bermula dgn young lion? di tukar menjadi skuad senior, why? semasa DR. M menjadi perdana menteri s’pore isu tambak johor tidak pernah selesai? sebab mereka mempunyai pakar dari israel sebagai penasihat politik dan ketenteraan.
berbalik kpd isu bola. mereka sebenarnya dengki dgn m’sia kerana juara negara asean.
Cuba anda fikir semula perlwnan skuad senior m’sia vs s’pore di stadium jln besar memihak kpd lion, adakah ada unsur2 rasuah juga? mereka masuk LM dgn matlamat merosakkan b/sepak m’sia seperti thn 1990an dahulu yg dipenuhi dgn rasuah, dan itu pun berpengkalan di s’pore. bookie nya shj dr m’sia.
Saya cadangkan s’pore tidak dibenarkan menyertai LM utk musim hadapan dan BPR sentiasa memantau tokey2 judi yg berpengkalan dis’pore itu mereka bukan sahaja berleluasa di m’sia tetapi di rantau asean termasuklah vietnam suatu ketika dahulu.
May 25, 2012 - 11:55 pm
murohnyo harga diri dua orang ni..RM15000 jah..isk3..
Pingback: Adakah ini skandal rasuah Episod 2?
May 26, 2012 - 3:13 pm
ini antara bukti2 kepincangan dalam FAM.kepada rakyat Malaysia terus kan berdoa agar tuhan membersihkan FAM dari golongan yang zalim ini.
May 29, 2012 - 3:51 pm
kesian shokri ni…mesti kna gantung keja…silap2 boleh buang keja…
sian bini2 dia…
May 30, 2012 - 11:59 pm
dia tu polis kn?…hehehhhe..
June 12, 2012 - 3:27 pm
ramai ke bini dia ???.