Pengadil Shokri Nor, Thana Segar didakwa terima RM15,000 atur keputusan perlawanan Lions XII-Sarawak

Lions XII

SINGAPURA - Dua rakyat Malaysia telah didakwa di mahkamah hari ini kerana berkomplot untuk menetapkan keputusan perlawanan Liga Super Malaysia.

Pengadil Shokri Nor, 47, didakwa bersubahat dengan bekas pemain bola sepak Thana Segar S Sinnaiah, 38, pada 19 Mei di bilik sebuah hotel di Pulau Pinang untuk menetapkan perlawanan yang dimainkan antara LionsXII dan Sarawak pada Selasa.

Kedua-dua lelaki dituduh bersetuju menerima rasuah sebanyak RM15,000.00.

Pengadil telah ditukar pada saat-saat akhir selepas para pegawai diberitahu tentang kemungkinan penetapan keputusan perlawanan berkenaan.

Pada perlawanan Liga Super berkenaan, tuan rumah, Lions XII menewaskan Sarawak 3-0.

Malaysians charged in court for match fixing
Updated 12:29 PM May 24, 2012

SINGAPORE - Two Malaysians were charged in court today for conspiring to fix the result of a Malaysian Super League match.

Referee Shokri Nor, 47, allegedly conspired with former football player Thana Segar S Sinnaiah, 38, on May 19 at a hotel room in Penang to fix the match played between LionsXII and Sarawak on Tuesday.

Both men are accused of agreeing to receive a bribe of 15,000 ringgit (S$6,081).

The referee was switched at the last minute after officials were told about possible match-fixing.

The Lions played the match at Singapore’s Jalan Besar Stadium and won 3-0.

Both men are out on S$50,000 bail.

For corruption, they each face a fine of up to S$100,000 or a maximum jail term of five years, or both. CHANNEL NEWSASIA

Perlawanan Lions XII vs Sarawak disyaki telah diatur

Perlawanan Liga Super antara Lions XII dengan Sarawak Selasa lepas kini dalam siasatan kerana disyaki telah diatur.

Beberapa sumber memberitahu akhbar Today bahawa empat orang lelaki - dua warga Malaysia, seorang warga Singapura dan pengadil Liga Super Malaysia, Shukri Nor telah ditahan dan mereka mungkin akan didakwa secepat mungkin.

Keempat-empat mereka didapati telah mencuba untuk mengatur perlawanan di Stadium Jalan Besar antara LIONSXII dengan Sarawak di mana LIONSXII menang 3-0.

Akhbar Today melaporkan bahawa kesemua yang terlibat bukan pemain bola sepak yang masih bermain.

Pengadil, Shukri sebenarnya telah dijadualkan untuk mengadili perlawanan tersebut tetapi telah diganti dengan Mohd Tarmizi pada saat terakhir dan perkara itu tidak dimaklumkan.

“Pada mesyuarat pengurus pasukan, kami terkejut kerana pengadil yang sebenar tidak muncul,” kata jurulatih Sarawak, Robert Alberts.

“Saya akan membawa perkara ini kepada pihak atasan sebaik sahaja saya mendapat pengesahan dari Persatuan Bola Sepak Singapura, dan semestinya siasatan akan dijalankan. Tetapi kini masih awal untuk mengadili perkara ini,” tambah Alberts kepada Today.

Akhbar Today juga difahamkan bahawa beberapa perkara sedang diselesaikan sebelum hukuman dikenakan kepada keempat-empat mereka.

Ini merupakan berita terkini tentang perlawanan Liga Super yang dikatakan terlibat dengan pengaturan perlawanan, tetapi hanya dua perlawanan sebelum ini - kemenangan 1-0 dengan Sabah pada 21 Januari dan kemenangan 3-1 dengan Negeri Sembilan pada 11 Februari yang telah melibatkan pasukan LIONSXII.

Related Posts

49 Responses to Pengadil Shokri Nor, Thana Segar didakwa terima RM15,000 atur keputusan perlawanan Lions XII-Sarawak

  1. Kalu betulla ada semula rasuah dlm liga Super kita loni, mmg sesuatu yg memalukan tatkala kita dikenali sbg pasukan terkuat di Asean. Kena hukum berat penjenayah rasuah ni. Kalu boleh, sebat dan buang negara je.

    • topi keselamatan

      kawe stuju benar dgn pendapat demo mamat..klu xnk sebat n buang negara hukum jah pancung sapa mati..sene…manusio hok bui rasuoh nge trimo rasuoh ni perosak bangso agamo n negaro…

  2. Adakah FAM akn siasat hal nie???? rasenye senyap je…
    Kalau pasukan Kelantan, sbulan xhbis crita nie….

    • Memang tak ler.. Sbb diorg tu kebal. Takleh kene comment cikit. Nnti kang ade pulak yg kene gantung lagi mcm kes Tan Sri hri tu… puihhhh!

      • Hahahaha pengadil Shokri Nor 2 la yg jd reff spruh akhir Piala M’sia Klate & Tganu tahun lpas 3 player Klate kene kad merah….

  3. Mata celik di pejam-pejam, telinga elok di pekak pekakkan. Membantu atau mambatu? Takde beza dengan yahudi & israel laknatullah. Habis jahanam bolasepak kita.

  4. La..ada lagi..rasuah.Patut la sarawak main macam kenyang perut jee…SPR please…action.

  5. FAM celik la mato tu luas2….hukuman gapo nok ui ko singpura tu..?

  6. topi keselamatan

    FAM pun kenyang perut pedal doh…keno rasuoh kow singaporah 30 sen…hahaha

  7. Patut le Sarawak men mlm 2 truk….bukan mcm biasa!!!Selalu nk dapt gol ngn Serawak cirit r!!1

  8. anti singapore

    asal rasuah je singapore,asal rasuah je singapore,agaknya singapore ni bapak segala rasuah kot…

  9. terdesak sgt ni singapore nk mng klau btul lar rasuah….xder maruah langsung….pngadil tu patut kna hukuman kaw2…ni perosak bngsa klau btul amik rasuah

  10. Kalau betullah ni angkara Lions XII, mereka patut dikeluarkan dari liga Malaysia kerana membawa ‘kudis berjangkit’ dekat liga tempatan.

  11. Kalau dah serius penyakit berjangkit kat liga kita, parah beb……

  12. singapork raja rasuah!!

  13. Org main, kita pun nak main bola. Org lawan bola cara gentle, kita lawan bola guna duit. Baik x payah main bola camni. Aku takut keceriaan bolasepak kita kembali suram seperti 10 thn yg lepas. Nyah Lions XII dari bolasepak Malaysia.

  14. igt kah anda perlawanan kelantan vs terengannu fa cup final musim lepas…yg berkenaan ngn kes rasuah jgk…korang perasan la tu rasuah tp snyp je sbb libat raja….bodoh….FAM ape kes?snyp je…sbb tu bola sepak malaysia x kembang sebab bnyk kes rasuah…so pikir2 la

  15. Aku nak tengok kalau betul2 terbukti, FAM akan potong x mata Lions XII??????? Kalau x potong, ternyata FAMa pun corrupted……….

  16. Pahal nak babitkan sarawak ?? yg bslah dh terang² tulis kt atas.. x pndai baca ke? =.=”
    Dh la main atas padang tiruan.. Puiiikkkkk Lions XII !!!!!!

  17. Pahal nak babitkan sarawak ?? yg bslah dh terang² tulis kt atas.. x pndai baca ke? =.=” Dh la main atas padang tiruan.. Puiiikkkkk Lions XII !!!!!!

    • ya lo..ada juga org x pandai baca ho..pemberi n pgambil rasuah la salah..team ball ya mada tau ape2..kalau pemain terlibat pun..diaorg la salah..jgn pula team d salahkn..apo la u all ni..

  18. FAM nga lions sma bodoh….sma tolol….sma glow….sma bengo……samo YAHUDI

  19. adkh FAM akn ptong mta lions?adkah FAM akn ambl tndakn?grnti tdakkk….
    tp cb team klantan tlbt,apa akn blaku?
    tp hdirnya lions dlm liga msia rasuah akn bleluasa…jka dbiarkn apa akn laku?
    bola spak msia tkkn mju klau FAM tdak brubh.
    kta sbgai pmnat bola apa yg blh kta lkukn?smpai bla ini akn blaku?
    pk pk kn lh…

    • boleh tindakan keatas singapore..kalau melibatkn pemain n pegawai pasukan…ini org luar n pengadil..so jgn nak salahkn org lain pula..rasional la sikit..

  20. buang je lion12 bodoh tu dari liga malaysia..suruh je mreka msuk liga indonesia..rasuah tak habis2. klaw lion12 ni bemaen,tak sah tkde penalti.

  21. shahril ishak bodoh

    adat org singapore nihhh

  22. Buang jer parasit dlm bolasepak Malaysia. FAM kena beri amaran kpd lions 12 atau buang jer dari liga M.
    melaut dengar rasuah n lions 12. Kat singapura judi bola dibenarkan atau diberi lesen ni lah bahaya yg FAM tak nampak?

  23. Patut la coach lion tak ada apa2 reaction masa lion score goal.nampak cam dia sedih dan serba salah jer ari tu.

  24. ade sesiapa dlm FAM yg turut terlibat.? fikir2 kn.

  25. bukan dadah musuh nombor 1 negara, tp RASUAH!

  26. penyokong lions

    Aku rase..sarawak kalah mlm tu disebabkan 4 tonggak utama diorang x main mlm tu gara2 kecederaan kan..selalu srwk tak main mcm tu..sbb tu lah singapore dgn mudah je masokkan gol..dan aku rase..kalau pengadil rasuah tu x ditukar mlm tu..memang berpesta gol lh singapore mlm tu kan..nasib baik pengadil dh ditukar last minit mlm tu..memang aku tabik lh dgn biro rasuah singapore…

  27. hukum bunuh je rasuah ni, buat macam kat china…… Baru clear smua rasuah nih, termasuk dlm isu politik jugak……..

  28. bukan salah player singapork ,yang ambik rasuah refree kita orang malaysia melayu ,ni semua salah fam tak ambik berat dan jaga keperluan refree dan persatuan negeri yang tahu denda komen sikit denda gantung .

    • yep betul tu..apa pula salahkn team swak n lion..n israel..tgk nama pengadil ya dulu..dr mana..so nak salahkn sapa..org yg beri n ambil rasuah la..

  29. setuju sangat dgn anti FAM. Bila lagi FAM nak potong mata Lions . Memang penakutkan FAM . Buat malu je , sampai bila pun akan ke belakang , tak sedar lagi duduk dalam longkang.

  30. xda masalah singapore main d msia..bgus utk kualiti liga juga ma..manada peluang tgk team luar main d negeri2 lain..lagipun bgus juga utk harimau muda main d singapore..kat sana byk team yg bgus2 utk diaorg main.kalau main d msia juga mcm dulu,diorg xkan dpt byk pendedahan la..hantar laur negara..ongkos mahal..sapa x happy kalau team kita menang liga S?fikirkn kan la..

    • day after tomorrow

      lama dah fikir….sebelom ko lahir lagi.kalau ada rasuah x kemanaya kita.semuanya boleh hancur sekelip mata sahaja kalau ada menatang perasuah ni.ko faham x?

      • memang la ku paham..ko ya yg paloi sgt…xkn krna diaorg ni..kita salahkn team bola pula..mana2 liga ada rsuah la..cuma susah nak buktikn cos ada lebih 22 pemain main game ya n ada 4 pgadil..so..yg ku maksukn..perasuah ni la kita patut cuba krgkn..nak hampuskn..mustahil cos duit jadi punca nya..

  31. dulu singapura di singkir kerana rasuah , tak serik-serik lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>