Pasukan utara terlibat rasuah?
BERBAKI kurang 10 perlawanan dalam saingan Liga 2012, negara sekali lagi digemparkan dengan insiden ‘jijik’ bola sepak tempatan melibatkan rasuah yang kali ini membabitkan pengadil perlawanan.
Enggan menuding jari mana-mana pihak, ia turut pernah membelenggu pemain negara pada tahun lalu membabitkan pasukan Piala Presiden, Negeri Sembilan dan T-Team yang digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak tempatan antara setahun dan lima tahun kerana terlibat dengan skandal rasuah.
Namun apa yang lebih mengejutkan kini, sebuah pasukan bola sepak negeri di utara Semenanjung berkemungkinan mengalami mimpi ngeri sama apabila dilihat dengan sengaja tewas dalam perlawanan meskipun dibarisi pemain yang pernah beraksi di pentas antarabangsa.
Menurut sumber terdekat yang enggan didedahkan namanya, bagaikan ada ‘kuasa’ tertentu yang mengawal pemain sehingga menyekat mereka untuk memastikan kemenangan buat pasukan.
“Prestasi mereka begitu mudah terjejas hanya dalam masa dua hari, dan ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana pemain setakat ini.
“Malah pemain asyik melakukan kesilapan yang sama meskipun ada antaranya pernah beraksi mewakili negara dalam aksi bola sepak antarabangsa,” katanya yang mengakui pasukan masih terumbang-ambing dalam mencari rentak permainan.
Gusar dengan pasukan yang kini berada di zon penyingkiran, beliau bertegas akan melakukan ‘bedah siasat’ mengenai perkara tersebut bagi memastikan momentum pasukan kembali ke landasan sebenar. — Sinar Harian
May 29, 2012 - 1:56 am
kompem pasukan kedah ni…
May 29, 2012 - 9:27 am
aku pun rasa kedah ,apa masalah sekarang ni FA negeri tak bayar gaji ker .kalau makan minum pakai cukup kenapa nak rasuah lagi apa management tak buat kerja ker
May 29, 2012 - 9:47 am
biar pihak yg berkuasa membuat siasatan.cuma apa yg di harapkan agar kes ini tidak berulang sebagaimana di awal tahun 90 an dulu.saya mengharapkan kes ini bijak ditangani oleh FAM.kelemahan FAM menanganinya boleh menyebabkab bolasepak malaysia akan mengalami kerugian yg cukup perit untuk tanggung.jika sebelum kejadian itu malaysia gah berada di rangking 70 lbh dunia tetapi lantaran kelemahan fam menanganinya menyebabkan malaysia jatuh dan terus jatuh hingga ke tangga 153 dunia sekarang ini.jika naik sekalipun paling tinggi 10 mata kemudian jatuh balik.kejatuhan rangking yg begitu banyak langsung tidak di pedulikan oleh FAM.malah mungkin kerana tengku presiden adalah orang yg paling berkuasa di dunia menyebabkan tiada siapa yg mampu menegur dan mengambil tindakan pro aktif hatta menteri belia dan sukan sekalipun.sebab itulah tidak pelik jika setiausaha fam baru2 ini mengeluarkan kenyataan ranking tidak penting.jika dasar ini di pertahankan oleh kepimpinan fam yg ada sekarang ini maka malanglah nasib bolasepak malaysia.apa yg saya khuatir jika sekarang ini kita di tangga 153 dunia akan terus jatuh jika FAM masih mengamalkan dasar ortodoks ini
May 31, 2012 - 9:19 pm
FAM BANGSAT………….