Misi getir Kelantan, Terengganu

Gandingan Hadi, Manaf, Ashaari Shamsudin mampu hancur impian Kelantan

SELEPAS rehat dua hari, pemain Kelantan mula menjalani latihan sebagai persiapan berdepan Terengganu pada saingan pusingan kedua Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Isnin depan.

Pemain Red Warriors mengakui perlawanan menentang musuh tradisi itu adalah pemanas badan sebelum final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil 11 Jun ini.

Bagi jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu tenang menghadapi dua perlawanan penting itu, malah menaruh keyakinan anak buahnya mampu menyerap tekanan berdepan Terengganu kelak.

Bagi Kapten Skuad Penyu, Marzuki Yusof pula berharap rakan sepasukan tidak meletakkan ganjaran kemenangan sebagai matlamat nombor satu.

Beliau menasihatkan rakan sepasukan meningkatkan prestasi terlebih dulu menjelang pertemuan terbabit tanpa memikirkan habuan kerana jika difikirkan boleh menjerat diri sendiri.




coded by nessus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>