Kelantan, Perak rebut Piala Agong 2013
Kelantan berpeluang menebus kehampaan tewas kepada Pahang pada final Piala Malaysia Ahad lepas apabila turun menentang Perak pada final Proton Piala Agong di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu malam ini.
Perlawanan yang disiarkan secara tertunda menerusi RTM itu adalah pembuka tirai kepada kejohanan Proton Piala Emas Raja-Raja 2013 yang akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula Jumaat ini di empat lokasi berbeza.
Sebagai rekod, Kelantan adalah juara bertahan Piala Agong 2011 manakala Perak juara Piala Emas Raja-Raja 2012.
Tidak ada pertandingan final Piala Agong pada 2012.
Jadi final kali ini adalah peluang terbaik kedua-dua pasukan untuk memberi amaran awal kepada Kuala Lumpur dan Tentera yang turut bersaing dalam Kumpulan B aksi Piala Emas Raja-Raja.
Kedudukan Kumpulan Piala Emas Raja-Raja 2013
-
KUMPULAN A
- Perlis (Tuan Rumah)
- Selangor
- Melaka
- Pulau Pinang (Tarik Diri)
-
KUMPULAN B
- Kelantan (Tuan Rumah)
- Perak
- Kuala Lumpur
- Angkatan Tentera Malaysia
-
KUMPULAN C
- Johor (Tuan Rumah)
- Negeri Sembilan
- Terengganu
- Pahang
-
KUMPULAN D
- MASUM (Tuan Rumah)
- Kedah
- PDRM
- Singapura
November 5, 2013 - 12:54 pm
nk tanye…piala emas raja2 nanti formatnye macm mane? team diwakili spt biase dari pemain2 pasukan liga atau cuma pemain anak jati negeri saje…pls nk tahu sgt ni
November 5, 2013 - 1:16 pm
Kalau tak silap saya, Piala Agong & Piala Emas Raja-Raja ini adalah anjuran Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia yang dihadkan kpd pemain Malayu sahaja tapi tak semestinya anak jati negeri. Kalau saya silap, tolong betulkan.
Jom kita layan Piala Agong & Piala Emas Raja-Raja pulak…..
November 6, 2013 - 11:51 am
TRW dibarisi pemain2 kelahiran negeri dari pasukan Presiden Warriors U-21.