Final Piala Malaysia 2012: ATM atau Kelantan

Final Piala Malaysia 2012


Final Piala Malaysia 2012

Catatan: Wartawan SINAR Harian

SEMENTARA tinggal lagi beberapa jam sebelum final Piala Malaysia malam ini bermula, suasana di pekarangan Stadium Shah Alam, Shah Alam sudah mula gamat dengan kunjungan para peminat bola sepak.

5.30 petang: Penyokong kedua-dua pasukan mula memenuhi setiap sudut dalam stadium. Sepanduk pasukan masing-masing juga digantung sebagai tanda semangat kepada pasukan pilihan mereka. Selain itu, kedengaran juga paluan gendang dan sorakan daripada kedua-dua pasukan. Kedua-dua penyokong saling membalas sorokan sambil melaungkan lagu kebanggaan masing-masing

5 petang: Pintu masuk telah dibuka dan penyokong mula memasuki stadium. Tapi masih terdapat ribuan penyokong masih menunggu di luar stadium dengan melakukan sorakan yang penuh bersemangat. Beberapa barang yang dilarang berjaya dirampas oleh pasukan keselamatan yang bertugas, seperti pemetik api, botol air, vuvuzela dan air hon.

4.40 petang: Suasana di luar stadium riuh rendah dengan paluan gendang dan jeritan penyokong kedua-dua pasukan.

4.40 petang: Para penyokong ATM dan Kelantan mula menunggu di pintu masuk stadium. Pihak penguasa telah bersiap sedia untuk membuka pintu. Keadaan masih terkawal walaupun ribuan penyokong membanjiri pekarangan Stadium Shah Alam.

4.17 petang: Kelihatan beberapa van ambulans sedang masuk ke dalam stadium dan operasi kawalan keselamatan dipertingkatkan di sekitar stadium.

4.15 petang: Kedua-dua penyokong mengambil kesempatan melakukan latihan sorokan bagi menaikkan semangat mereka menjelang aksi final malam ini. Kedua-dua pasukan juga masing-masing membawa sepanduk serta kain rentang sebagai tanda sokongan.

4.10 petang: Lebih 1,000 penyokong ATM mula berkumpul dan melakukan aktiviti menaikkan semangat pasukan mereka.

4.15 petang: Pancaragam ATM juga melakukan latihan menjelang final yang akan bermula pada jam 8.45 malam ini.

4 petang: Kanak-kanak juga tidak melepaskan peluang menikmati aktiviti yang disediakan penganjur di tapak karnival Era Piala Malaysia seperti bola beracun.

4 petang: Keadaan Stadium Shah Alam semakin sesak, para penyokong kedua-dua pasukan telah membanjiri pekarangan stadium. Bilangan penyokong yang hadir setakat jam 4 petang dianggarkan lebih 10,000 dan suasana semakin hangat.

4 petang: Pemberian makanan secara percuma bagi memudahkan para penyokong menikmati juadah oleh Kelab Penyokong Kelantan mendapat sambutan.

3.18 petang: Penganjur juga menyediakan acara menaiki Belon panas secara percuma kepada pengunjung di kawasan stadium.

3.15 petang: Konsert Era Piala Malaysia akan bermula sebentar lagi. Antara artis yang akan membuat persembahan seperti Stacy, Black, Jinbara dan Bunkface.

3.10 petang: Kumpulan Dikir Barat, Zaidi Sri Kepulau Buluh Perindu, Tumpat, Kelantan mengadakan persembahan sebagai satu sokongan kepada pasukan The Red Warriors.

3 petang: Anggota penguat kuasa giat melakukan rondaan di pekarangan stadium bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

3 petang: Reaksi para penyokong kedua-dua pasukan begitu meriah dengan menggayakan jersi pasukan masing-masing dengan begitu unik dan kreatif bagi membuktikan sokongan terhadap pasukan kesayangan mereka di samping menaruh harapan yang tinggi untuk menjulang Piala Malaysia 2012. Tidak kurang hebat gelagat para peniaga yang begitu teruja mempromosikan jersi di gerai masing-masing dengan laungan yang berjaya menarik perhatian pembeli yang lalu lalang.

2.45 petang: Kenderaan pihak berkuasa seperti polis, bomba dan Rela menyusuri sekitar kawasan stadium. Mereka mula memeriksa beberapa kawasan kawalan bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar.

2.30 petang: Kelihatan lebih 30 orang anggota polis tentera sedang memasuki pekarangan Stadium Shah Alam, mereka berkumpul di hadapan pintu masuk penyokong ATM.

2.15 petang : Satu kaunter telah ditutup dan tiga kaunter tiket masih dibuka, hanya tinggal kira-kira 200 keping sahaja tiket untuk dijual.

12.40 tengah hari: Kaunter tiket masih lagi dibuka apabila lebih kurang 700 keping tiket yang masih belum dijual.

Sementara itu, bagi penyokong ATM, Saad Ahmad, 47, walaupun bilangan penyokong ATM dilihat kurang berbanding penyokong Kelantan, namun ia dijangka bertambah sekitar jam 3 petang.

“Setakat ini penyokong ATM tidak begitu ramai, tapi saya yakin sekitar petang nanti ia akan bertambah. Saya juga yakin sengan memiliki penyerang hebat seperti Marlon, kami mampu menjulang Piala Malaysia,” jelasnya dengan penuh semangat.

Rohani Robbani, 46, pula berpendapat pasukan yang berstatus kelab tidak mustahil untuk dinobatkan juara malam ini.

“Kami akui Kelantan satu pasukan yang digeruni. Namun, dalam dunia bola sepak apa sahaja boleh berlaku,” katanya.

12.15 tengah hari: Sambil menunggu detik perlawanan akhir yang akan berlangsung pada jam 8.45 malam ini, sebahagian penyokong Kelantan dan ATM sedang beristirehat di sekitar kawasan tempat letak kereta sambil menikmati makanan tengah hari. Selain itu, kedengaran juga tiupan vuvuzela di kalangan penyokong Kelantan.

12 tengah hari: Seorang penyokong The Red Warriors, Amir Ramli, 24, berkata, mereka menjangka keputusan malam ini berpihak kepada Kelantan.

“Kami yakin Kelantan akan membenam ATM dengan jaringan gol 2-1 sekali gus membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu,” katanya.

Seorang lagi penyokong Kelantan, Mohd Ramli Yazid, 32, turut melahirkan rasa keyakinan yang sama iaitu pasukan Kijang mampu menjuarai Piala Malaysia setelah gagal tahun lepas.

“Insya-ALLAH, pemain Kelantan akan melakukan aksi yang terbaik untuk tidak menghampakan para penyokong yang membanjiri stadium malam ini,” kata beliau sambil melaungkan slogan “Gomo Kelate Gomo”.

11.15 pagi: Lebih 1,000 penyokong Kelantan mula membanjiri pekarangan stadium. Baik gerai jualan jersi dan mafela mahupun peniaga makanan dan minuman, masing-masing tidak menang tangan melayan pelanggan pelbagai peringkat usia, yang kedatangan mereka terus meningkat.

11 pagi: Baki tiket tinggal 1,000 keping sahaja.

9.15 pagi: Ada lapan khemah di tempat letak kenderaan penyokong Kelantan, berdekatan pintu masuk C.

9 pagi: Penyokong-penyokong yang ditemui berkata ada yang sudah mula di kawasan stadium sejak malam tadi.

9 pagi: Hari terakhir jualan tiket, Orang ramai mula beratur seawal jam 8 pagi.

4 Responses to Final Piala Malaysia 2012: ATM atau Kelantan

  1. Insya’Allah kelantan akan beroleh kemenangan dengan izinNYA… Gomo kelate gomo…

  2. tahun sblumnya..stiap pasukan mesti ada pemain bwh 23..btol ke?

  3. atm…siapa yg bwh 23?

  4. Kelate ada pemain bawah 23thn. Nik Shahrul Azim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>